Harian Metro

DETIK BERSEJARAH

- Harun Yahya cnews@nstp.com.my

Tiga tokoh pejuang Sarawak terima pengiktira­fan

Tiga tokoh pejuang Sarawak yang digelar Bujang Berani mendapat pengiktira­fan tertinggi pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Dan Pingat Kebesaran Kerajaan Sarawak sempena Sambutan Hari Jadi Ke-82 Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di sini, semalam.

Selain bekas Ketua Cawangan Khas Sarawak, Allahyarha­m Datuk Seri Alli Kawi, turut menerima pengiktira­fan ialah Sarjan (B) Awang Raweng dan Allahyarha­m Asisten Superinten­dan (ASP) Mohamad Johnny Mustapha.

Alli yang berperanan penting di sebalik perletakan senjata Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) diketuai Bong Kee Chok, disusuli perjanjian damai di Sri Aman pada 20 Oktober 1973 dianugerah­kan pingat Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran Datuk Amar. Ia dianugerah­kan secara

bagi menghargai sumbangann­ya kepada negeri ini dengan pingat berkenaan diterima balunya, Datin Amar Fatimah Jamil.

Mohamad Johnny pula, bekas Pegawai Pemerintah Batalion ke-15 Pasukan Polis Hutan (PPH) yang terkorban dalam serang hendap komunis di Sungai Stabau, Sibu pada 6 April 1975 dikurniaka­n pingat Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) membawa gelaran Datuk.

Turut dikurniaka­n pingat sama ialah Awang, 93, bekas anggota di Platun Ke-10, Kompeni D, 1 Batalion Rejimen

Ketika meronda kawasan di Johor, platun mereka diserang hendap 50 pengganas komunis menyebabka­n dua anggota platun mati manakala Awang cedera di paha.

Walaupun parah, keberanian dan semangat juang tinggi mendorongn­ya menyelamat­kan rakan setugas yang dihujani peluru ketika itu.

Malah, atas keberanian luar biasanya, beliau dikurniaka­n Pingat oleh Kerajaan Britain pada 20 November 1951, malah muncul sebagai anak Sarawak pertama diberi pengiktira­fan berkenaan.

“Ini detik membanggak­an apabila diberikan pengiktira­fan di tanah tumpah darah saya. Terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan Tun (Abdul Taib Mahmud) atas kurniaan ini,” katanya.

Beliau juga pernah dikurniaka­n Pingat Perak, Pingat Emas dan Pingat Jubli Nerlian oleh Ratu Elizabeth Kedua atas sumbangan dan pengorbana­nnya, selain menerima Ijazah Sarjana Kehormat Universiti Pertahanan Nasional (UPNM).

Bagi Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM cawangan Sarawak, Leftenan Kolonel Dunging Serit, pengurniaa­n kepada pejuang negara adalah penghargaa­n tertinggi kepada mereka.

Sementara itu, mengetuai senarai penerima pingat ialah isteri Ketua Menteri Sarawak, Datin Patinggi Juma’ani Tuanku Bujang yang menerima pingat Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) membawa gelaran Datuk Amar.

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing dan bekas Menteri Muda Kebajikan, Wanita, Kanak-Kanak dan Keluarga Sarawak, Datuk Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi menerima pingat Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Ahli Parlimen Betong, Robert Lawson Chuat dan Menteri Muda Utiliti Sarawak, Dr Abdul Rahman Junaidi menerima pingat Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) membawa gelaran Datuk.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr Mohd Fadzil Abdul Rahman dan Pengarah Imigresen Sarawak, Ken Leben, dikurniaka­n pingat Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) membawa gelaran Datuk. Tindakan sekumpulan lelaki membuat kecoh di hadapan Balai Polis Lutong di sini, memakan diri apabila ditahan polis.

Dalam kejadian jam 6.20 petang kelmarin, lapan lelaki berusia 20-an ditahan selepas sengaja menimbulka­n kekecohan.

Sumber memberitah­u, pergaduhan membabitka­n dua kumpulan itu disebabkan masalah peribadi.

Katanya, polis menasihatk­an mereka bersurai dan beredar, namun mereka berdegil dan terus ‘berperang mulut’ antara satu sama lain.

Sementara itu, Ketua

Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah mengesahka­n tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana merusuh dan berkelakua­n tidak senonoh.

 ??  ?? PANGLIMA Medan Timur Tentera Darat, Lt Jeneral Datuk Stephen Mundaw bersalaman dengan Awang (tengah) selepas selesai upacara istiadat pengurniaa­n, semalam.
PANGLIMA Medan Timur Tentera Darat, Lt Jeneral Datuk Stephen Mundaw bersalaman dengan Awang (tengah) selepas selesai upacara istiadat pengurniaa­n, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia