Harian Metro

Jumpa senapang dalam serbuan dadah

-

Lundu: Cari dadah jumpa senapang. Itu penemuan mengejutka­n dalam serbuan polis di sebuah rumah di Kampung Stungkor Baru, Lundu di sini, semalam.

Serbuan jam 12.30 tengah hari itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, susulan risikan sejak beberapa hari lalu.

Ketua JSJN Sarawak, Superinten­dan Sahar Abdul Latif berkata, serbuan ke rumah berkenaan dibuat selepas disyaki menjadi lokasi penyalahgu­naan dadah.

Menurutnya, dalam serbuan itu polis menahan tujuh lelaki berusia 21 hingga 68 tahun.

“Ketika pemeriksaa­n, polis menemui serbuk kristal dipercayai syabu seberat 10.7 gram dianggarka­n bernilai RM1,610 tersorok di dalam beg sandang.

“Selain itu, polis menemui serbuk sama dibungkus dalam plastik lut sinar di bilik rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sahar berkata, pemeriksaa­n

lanjut seterusnya menemui dua senapang patah dan satu senapang angin buatan sendiri.

Katanya, polis juga menemui satu peluru hidup dan masing-masing dua peluru belerang dan kelongsong

peluru di rumah berkenaan.

“Enam daripada suspek didapati positif dadah hasil ujian air kencing manakala seorang lagi negatif.

“Lima suspek ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala seorang ditahan mengikut Seksyen 39A(1) akta sama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia