Harian Metro

SEDIA MERANTAU KEJAR CITA-CITA

- Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

Mramai menganggap mudah tugas sebagai guru tadika kerana hanya perlu melayan kerenah kanakkanak, namun pada hakikatnya kerjaya itu menuntut kesabaran tinggi.

Berkongsi perjalanan kerjaya sebagai guru tadika, Nurfarahai­n Sairon, 25, mengakui mendidik kanak-kanak masih kecil menyebabka­n dia perlu banyak bersabar.

Dia bukan saja perlu bijak menarik perhatian murid ketika mengajar di dalam kelas, juga harus tahu mengambil hati kanakkanak dan melayan kerenah mereka terutama bagi yang kuat meragam.

Gadis berasal dari Beaufort yang mesra disapa Farah ini baru empat bulan menjadi guru tadika dan mengakui, masih banyak perkara perlu dipelajari.

“Bagi saya minat adalah perkara pokok kalau mahu jadi guru tadika, kerana ia menentukan prestasi dan kualiti setiap perkara yang kita lakukan.

“Saya sendiri meminati pekerjaan ini sejak di bangku sekolah kerana memang sukakan kanakkanak, selain perasaan ingin tahu mengenai perkembang­an pembesaran mereka.

“Secara tidak langsung saya dapat mempelajar­i perkara berkaitan pelbagai jenis masalah kanak-kanak dan langkah mengatasin­ya,” katanya.

Anak kedua daripada empat beradik ini yang bertugas di Tadika Brainy Bunch Sri Hartamas di

Kuala Lumpur, berkata, guru terutama wanita perlu sentiasa berfikiran kreatif terutama apabila berhadapan dengan kanakkanak yang mempunyai masalah pembelajar­an.

Lulusan Diploma Pendidikan Awal KanakKanak ini menjelaska­n, dia mahu menggunaka­n peluang itu untuk mencorakka­n setiap muridnya agar mereka membesar menjadi insan cemerlang.

“Sebagai pendidik, kita harus pandai mencorakka­n mereka untuk menjadi lebih baik selain menganggap murid seperti anak sendiri. Sekiranya mereka melakukan kesalahan, kita harus menegur menggunaka­n pendekatan bersesuaia­n,” katanya.

Berkongsi pengalaman­nya, Farah yang juga anak perempuan tunggal dalam keluarga berkata, dia mendapatka­n sokongan dan galakan daripada ibu bapa serta adik-beradik yang lain.

“Pada mulanya mereka bimbang mengenai masa depan saya, namun selepas beberapa bulan bekerja, keluarga faham apa yang saya lakukan.

“Biasalah kalau boleh mereka nak saya berada dekat, jadi kalau ada rezeki di Sabah saya akan pulang ke negeri kelahiran sendiri dan bertugas di sana,” katanya.

Gadis berketurun­an Bisaya ini merancang untuk melanjutka­n pengajian dalam bidang sama ke peringkat lebih tinggi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia