Harian Metro

Bina model asah minda, kreativiti

- Khalid Latip metahad@hmetro.com.my

Menghabisk­an masa berjam-jam sematamata mahu bina pelbagai struktur menggunaka­n blok nano memberikan kepuasan kepada pemuda ini.

Mohd Nazreen Mufid Kamaruzama­n, 27, berkata, dia tidak pernah berasa bosan dengan hobi itu.

Sebaliknya lulusan Ijazah Perhotelan Universiti Teknologi Mara ini sentiasa mencabar dirinya untuk menghasilk­an model baru dengan reka bentuk unik berlandask­an kreativiti­nya.

Katanya, hobi itu mungkin dipengaruh­i atau terbawa-bawa dari zaman kanak-kanak kerana dia sememangny­a amat meminati mainan.

“Meskipun menyusun blok ini nampak mudah, hakikatnya tidak malah saya kena berhati-hati, teliti dan berfikir di luar kotak, barulah dapat hasil benarbenar memuaskan hati.

“Pada kebiasaan saya ambil masa tiga hingga lima jam untuk menyiapkan model yang diinginkan.

“Peminat hobi ini juga kena ada kesabaran tinggi. Saiz blok saya guna lebih kecil berbanding yang dipasarkan oleh LEGO, sebab itu ia dipanggil blok nano. Kalau roboh kena buat semula dari awal,” katanya.

Menurutnya, setakat ini dia menyimpan koleksi lebih 100 struktur pelbagai bentuk terutama membabitka­n watak animasi dan adiwira popular dunia.

Anak keenam daripada sembilan beradik ini menjelaska­n, antara koleksi kesayangan­nya adalah Pacman, Justice League,

The Adventure Time, Transforme­rs, Spongebob, McD, Pixel, Naruto dan Sailor Moon.

Jelasnya, watak Hello Kitty dibina menggunaka­n blok nano menjadi koleksinya yang paling awal, manakala One

Piece pula menjadi model kesayangan yang pernah dihasilkan­nya.

“Sebelum bina watak dikehendak­i, saya kena tahu blok jenis mana yang sesuai, perkara paling penting adalah material itu berkualiti.

“Ikut pengalaman masing-masing, macam mana nak dapatkan blokblok ini pada harga yang berpatutan di pasaran.

“Saya pernah membuat tempahan khas dari sebuah syarikat di Jepun yang juga negara kelahiran blok nano. Selain itu, blok nano dikeluarka­n tahan lama dan bermutu tinggi,” katanya.

1990

27 November 27 tahun Sarikei

Melayu 173 sentimeter 85 kilogram

Ijazah Perhotelan UiTM

 ??  ?? PROFIL
NURFARAHAI­N SAIRON UMUR: 25 tahun
ASAL: Beaufort, Sabah ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada empat beradik
KELULUSAN: Diploma Pendidikan Awal KanakKanak
PEKERJAAN: Guru tadika
PROFIL NURFARAHAI­N SAIRON UMUR: 25 tahun ASAL: Beaufort, Sabah ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada empat beradik KELULUSAN: Diploma Pendidikan Awal KanakKanak PEKERJAAN: Guru tadika

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia