Harian Metro

MASIH HARAP AIR BUKIT, SUNGAI

-

“Meskipun sedar sumber air sungai ini tidak terjamin untuk diminum, kami tidak ada pilihan lain. Sekarang ini timbul pula masalah buaya yang menyebabka­n penduduk berasa terancam,” katanya.

Katanya, berikutan itu penduduk terpaksa mengeluark­an wang bagi menampung kos membeli pam untuk menyalurka­n air dari sungai ke rumah masing-masing.

“Bagi penduduk yang kurang berkemampu­an, mereka berkongsi dengan saudara-mara kerana harga seunit pam mencecah RM1,000,” katanya.

Dia menjelaska­n, alternatif penduduk bagi mendapatka­n bekalan air bersih adalah dengan meminta jasa baik pihak pengurusan SALCRA

Skim Batu Kaya untuk mengambil air bersih atau membeli air terawat di Pasar Lubok Antu.

“Saya amat berharap agar pihak yang bertanggun­gjawab mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah air yang kami hadapi selama ini.

“Wakil rakyat kerap berjanji untuk selesaikan masalah ini tapi sampai sekarang, ia belum lagi ditunaikan,” katanya.

Sementara itu, Tuan Rumah Wong Panjai, Kelvin Serdin, 37, berkata, mereka hanya bergantung pada sumber air di Bukit Pan.

Kelvin berkata, batang paip digunakan untuk menyalurka­n air ke kampung mereka pula adalah hasil sumbangan sebuah syarikat pembalakan pernah beroperasi di kawasan itu.

Katanya, apa yang dibimbangk­an adalah kualiti air bukit itu yang tidak terjamin dari segi kebersihan.

“Pada musim hujan kami terpaksa guna air keruh, kalau kemarau panjang pula memang air bukit akan kering.

“Lima tahun lalu, kami bersemanga­t melihat kontraktor menjalanka­n kerja menyukat tanah untuk projek bekalan air bersih ke kampung ini tapi sampai sekarang, belum ada apa-apa kemajuan lagi,” katanya.

Berikutan itu, Kelvin berharap kerajaan segera mengambil langkah susulan untuk memberi kelegaan kepada mereka memandangk­an masalah itu sudah berlarutan lebih 50 tahun.

 ??  ?? SUNGAI Batang Ai tempat berisiko kerana kehadiran buaya mengancam nyawa.
SUNGAI Batang Ai tempat berisiko kerana kehadiran buaya mengancam nyawa.
 ??  ?? KOMPLEKS Loji Rawatan Air Lubok Antu.
KOMPLEKS Loji Rawatan Air Lubok Antu.
 ??  ?? KELVIN
KELVIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia