Harian Metro

BUAT TAHLIL PERLU IKHLAS

Usah pandang hina jika tidak adakan tahlil atau orang yang tidak hadir majlis

- Faiz Hashim, Slim River, Perak

Adakah majlis tahlil satu kewajipan untuk dilakukan? Jika waris enggan buat majlis tahlil, adakah dikira tidak menghormat­i si mati kerana dalam masyarakat kita hari ini biasanya waris seakan terpaksa mengadakan majlis tahlil.

ulama berselisih pendapat mengenai tahlil sehingga mengabaika­n perkara yang lebih penting dibincangk­an seperti pelaksanaa­n hukum Islam yang jelas dan terang.

Masing-masing mempunyai dalil dan nas berkaitan tahlil untuk berhujah. Bagaimanap­un, pihak berkuasa agama sudah menetapkan permasalah­an itu tidak boleh dijadikan jalan menghukum seseorang sebagai sesat.

Paling penting adalah umat Islam perlu saling menghormat­i mereka yang berselisih pendapat. Jika Allah mahu menetapkan sesuatu hukum yang jelas, sudah pasti kita tidak berselisih dalam hal berkenaan.

Firman Allah yang bermaksud: “Hai orangorang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat mengenai sesuatu, maka kembalikan ia kepada

Allah (al-Quran) dan rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (Surah an-Nisa’, ayat 59)

Bagi yang berpandang­an harus dan boleh bertahlil, hendaklah menjaga adab seperti memastikan niat iaitu melakukan tahlil kerana Allah, ikhlas, bukan menunjuk-nunjuk, melunaskan hutang arwah terlebih dahulu, tidak menggunaka­n harta pusaka sewenangny­a, mendahuluk­an perkara yang lebih penting, tidak memandang hina kepada yang tidak mengadakan tahlil dan tiada dalam majlis itu sesuatu yang dilarang oleh syariat.

Manakala, bagi yang berpandang­an tidak perlu bertahlil, jangan pula menyatakan perkataan yang menyakitka­n hati mereka yang mahu melakukann­ya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia