Harian Metro

ANWAR ANGKAT SUMPAH ESOK

Anwar menang PRK Port Dickson dengan memperoleh 31,016 undi

- Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@nstp.com.my

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson malam tadi akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada esok yang juga hari pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14 bersidang.

Perkara itu disahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menerusi aplikasi

WhatsApp malam tadi.

Keputusan rasmi PRK itu menunjukka­n Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) itu memperoleh 31,016 undi diikuti calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar yang memperoleh 7,456 undi.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad yang bertanding atas tiket Bebas pula memperoleh 4,230 undi manakala bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendapat 82 undi.

Calon bebas, Stevie Chan Keng Leong pula memperoleh 337 undi, seorang lagi calon bebas, Kan Chee Yuen mendapat 154 undi manakala Lau Seck Yan yang turut bertanding atas tiket bebas mendapat 214 undi.

Anwar, 71, layak bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson selepas mendapat pengampuna­n diraja daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 16 Mei lalu.

PRK Parlimen Port Dickson diadakan selepas penyandang­nya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, mengosongk­an kerusi itu pada 12 September lalu bagi membolehka­n Anwar kembali ke Dewan Rakyat.

Ia adalah sebahagian daripada pelan PH bagi melantik Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan bagi menggantik­an Tun Dr Mahathir Mohamad.

PRK Parlimen Port Dickson adalah PRK keempat diadakan dalam tempoh lima bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsun­g pada 9 Mei lalu.

 ??  ??
 ??  ?? ANWAR memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dengan majoriti 23,560 undi, malam tadi.
ANWAR memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dengan majoriti 23,560 undi, malam tadi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia