Harian Metro

WANI KAYRIE TINGGAL KELUARGA

Wani kuatkan hati sahut cabaran D’Academy Asia

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Mahu melangkah lebih jauh, pengorbana­n besar perlu dilakukan. Itulah keputusan nekad penyanyi Wani Kayrie, 18, yang terpaksa meninggalk­an keluarga tercinta hari ini.

Wani akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menyertai program realiti TV, D’Academy Asia musim keempat (DAA4).

Keputusan itu sekali gus meletakkan dirinya sebagai seorang daripada enam peserta yang mewakili Malaysia di pertanding­an itu.

Bersua Wani pada sesi fotografi baru-baru ini, dia mengakui sudah bersedia berhadapan dengan peserta negara lain.

“Seperti diketahui, pertanding­an DAA4 sangat berpengaru­h di Indonesia dan menyertain­ya adalah impian saya.

“Apatah lagi, sejak kecil saya memang suka dan minat lagu dangdut. Inilah masanya untuk sahut cabaran,” katanya.

Ditanya, tidakkah dia sedih berjauhan dengan keluarga dan insan tersayang lebih dua bulan?

Jelasnya, perasaan sedih itu memang ada tetapi dia kuatkan hati untuk meneruskan misi ini.

“Apapun, keluarga dan mereka yang rapat faham kerana ini impian saya sejak sekian lama.

“Tidak mudah dapat peluang yang mampu menjadi pembuka langkah karier nyanyian saya di negara jiran.

“Saya ada pasang impian untuk melebarkan karier nyanyian di Indonesia dan ini salah satu caranya.

“Harapan saya, semoga apa yang dilakukan ini berjaya dan membuahkan hasil,” katanya.

Mengulas mengenai percintaan­nya, Wani berkata, ada cita-cita yang perlu dikejar dan memerlukan fokus berbanding perasaan peribadi.

“Kisah cinta tidak perlu diulas kerana fokus utama saya sekarang adalah DAA4.

“Ada lebih 30 peserta menjadi saingan saya dalam DAA4 dan keupayaan mereka belum diketahui.

“Untuk terus kekal di pentas DAA4, selain keupayaan menyanyi lagu dangdut dengan vokal mantap, saya perlu kreatif buat persembaha­n,” katanya.

Menurut anak sulung dalam keluarga ini, dia mahu melakukan sebaik mungkin untuk bertahan dalam pertanding­an itu.

Wani juga bersedia

sepenuhnya untuk berdepan kritikan pedas barisan juri pertanding­an itu.

“Apa saja kritikan dan teguran juri nanti, saya terima dengan hati terbuka, tenang dan positif.

“Selain itu, saya juga mendapatka­n pandangan daripada Baby Shima yang pernah bertanding dalam DAA3 lalu,” katanya.

Tidak gentar dengan kepenatan yang akan dirasai, Wani berkata, itu antara pengorbana­n harus dilakukann­ya.

Selain Wani, DAA4 turut disertai Tika (3 Juara), Sarah Fazny, Fauziah Gambus dan dua penyanyi lelaki.

TANGGUH PROMOSI SINGLE

SAAT TERINDAH

Selepas single Aku

Suka Kamu, Wani kini mempertaru­hkan single Saat Terindah.

Single terbaru itu ciptaan bersama komposer Rudy Kasmaran dan Sang Hitam manakala lirik ditulis Rudy Kasmaran.

Memandangk­an terikat dengan DAA4,

Wani menangguhk­an perancanga­n mempromosi­kan single itu.

“Buat masa ini saya kena tangguhkan dulu apa saja aktiviti promosi single Saat Terindah.

“Syukur, syarikat rakaman SRC faham malah menyokong saya fokus terhadap DAA4,” katanya.

Mengulas hala tuju karier nyanyianny­a pada masa akan datang, Wani berkata, ia bergantung pada kejayaan dalam DAA4.

“Kalau ada rezeki saya untuk mengorak langkah lebih jauh di Indonesia dengan irama dangdut, mungkin akan diteruskan.

“Namun, jika sebaliknya pula saya akan teruskan karier seperti yang diaturkan SRC,” katanya yang mengharapk­an doa dan sokongan peminat setianya.

 ??  ??
 ??  ?? FOTO: HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
SOLEKAN: IERA AKMAL (INSTAGRAM:@EAYRAA57)
DANDANAN RAMBUT: LINDA TALIP (INSTAGRAM:@VSAGESALON)
PAKAIAN: KISS & TELL (INSTAGRAM:KISSANDTEL­LSHOP)
FOTO: HALIMATON SAADIAH SULAIMAN SOLEKAN: IERA AKMAL (INSTAGRAM:@EAYRAA57) DANDANAN RAMBUT: LINDA TALIP (INSTAGRAM:@VSAGESALON) PAKAIAN: KISS & TELL (INSTAGRAM:KISSANDTEL­LSHOP)
 ??  ?? Tidak mudah dapat
peluang yang mampu menjadi pembuka langkah karier nyanyian saya
di negara jiran
wani
Tidak mudah dapat peluang yang mampu menjadi pembuka langkah karier nyanyian saya di negara jiran wani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia