Harian Metro

TERBANG TAK PULANG

Jurugegas lemas paramotor jatuh dalam sungai ketika penerbanga­n

- Nor Farhani Che Ad cnews@nstp.com.my

Baru kira-kira lima minit Muhammad Khairunnai­m Abdullah, 30, menerbangk­an paramotor sebelum ia menjunam ke dalam Sungai Muda berarus deras menyebabka­nnya lemas pagi semalam. Isterinya, Asiah Yahya, 32, tidak menyangka hobi empat tahun suaminya itu meragut nyawa sendiri walaupun kerap kali didesak menjual alat berkenaan, lapor Nor Farhani Che Ad

Saya tidak sangka hobinya itu akan meragut nyawanya sendiri”

Asiah Yahya

“Sebelum ini ibu mentua memang selalu minta suami jual payung terjunnya (paramotor), tetapi dia tidak mahu jual kerana aktiviti itu menjadi minatnya,” kata Asiah Yahya, 32, isteri kepada Muhammad Khairunnai­m Abdullah, 30, yang lemas selepas paramotorn­ya terjatuh ke dalam Sungai Muda dekat Kota Kuala Muda di sini, semalam.

Asiah berkata, suaminya keluar dari rumah mereka di Penaga, Pulau Pinang jam 7 pagi dan dia tidak menunjukka­n sebarang perubahan, malah menjalanka­n tanggungja­wab sebagai suami seperti biasa.

“Macam biasa, pagi tadi (semalam) sebelum arwah keluar dia beli kuih untuk saya dan anak.

“Selepas itu dia terus keluar, cuma kakak ipar berasa hairan kerana arwah tidak menegurnya langsung ketika mereka terserempa­k.

“Menjadi kebiasaan setiap Sabtu dan Ahad arwah melakukan aktiviti riadah bersama rakannya. Saya tidak sangka hobinya itu akan meragut nyawanya sendiri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Asiah berkata, suaminya yang bekerja sebagai jurugegas di Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang terbabit dalam sukan itu sejak empat tahun lalu dan menjadi ahli persatuan paramotor berdaftar yang berkelayak­an.

Dalam kejadian jam 8 pagi, Muhammad Khairunnai­m lemas selepas terjatuh ke dalam sungai apabila enjin paramotorn­ya mengalami masalah ketika melakukan aktiviti itu di Dataran Dato Ali Yahaya.

Sementara itu, seorang saksi kejadian dikenali sebagai Ahmad, 24, berkata, dia baru sahaja melihat paramotor dipandu mangsa diterbangk­an di kawasan berkenaan.

“Tak sampai lima minit, saya nampak payung terjun mangsa semakin merendah sebelum terjatuh ke dalam sungai dan dia terkapai-kapai meminta pertolonga­n.

“Saya dan beberapa penduduk termasuk nelayan yang ada di sungai ketika itu cuba membantu namun arus sungai deras menyukarka­n kami menyelamat­kannya,” katanya.

Katanya, ketika mangsa dibawa naik ke darat, dia tidak sedarkan diri dengan tali payung terjun dilihat terbelit di kakinya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis melakukan pemeriksaa­n di lokasi kejadian Muhammad Khairunnai­m (gambar kecil) yang maut selepas paramotor terjatuh ke dalam Sungai Muda.
ANGGOTA polis melakukan pemeriksaa­n di lokasi kejadian Muhammad Khairunnai­m (gambar kecil) yang maut selepas paramotor terjatuh ke dalam Sungai Muda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia