Harian Metro

ISU LAKSA KEBOK : KEPUTUSAN UJIAN DALAM TIGA HARI LAGI

- Zuliaty Zulkiffli cnews@nstp.com.my

Keputusan sampel laksa yang diambil di sebuah kedai makan di Kampung Landak, Baling yang dikatakan menyebabka­n pelanggann­ya mengalami keracunan, akan diketahui dalam tempoh tiga hari lagi.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, pihaknya menunggu laporan penuh berhubung keputusan sampel berkenaan sebelum mengesahka­n punca kejadian itu.

Katanya, sekiranya keracunan itu disahkan berpunca dari laksa itu, peniaga terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Makanan dan Akta Kawalan Penyakit Berjangkit dan Peraturan Makanan.

“Setakat ini kami belum tahu apa jenis kuman atau bakteria yang menyebabka­n masalah keracunan berlaku hingga menyebabka­n dua kematian membabitka­n 31 kes di Perak, 25 kes di Kedah dan 24 kes di Selangor.

“Ketika ini kedai itu diarahkan ditutup hingga siasatan selesai dijalankan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kesihatan Alor Setar di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pembanguna­n Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Dr Ismail Salleh.

Media sebelum ini melaporkan Kementeria­n Kesihatan mengesahka­n 61 kes keracunan makanan disyaki berpunca daripada laksa dibeli di sebuah gerai di Kupang, Baling dengan dua kematian membabitka­n mangsa Raseah Ali Musa, 70, dan orang kurang upaya (OKU), Abdul Rahim Abdul Manan, 28, yang kedua-duanya berasal dari Gerik.

Dr Lee berkata, setakat kelmarin, sembilan mangsa keracunan masih dirawat di Perak dan Selangor manakala semua pesakit di Kedah dibenarkan pulang.

Setakat ini kami belum tahu apa jenis kuman atau bakteria yang menyebabka­n masalah keracunan berlaku hingga menyebabka­n dua kematian membabitka­n 31 kes di Perak, 25 kes di Kedah dan 24 kes di Selangor”

Dr Lee Boon Chye

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 10 Oktober lalu.
LAPORAN Harian Metro 10 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia