Harian Metro

TIGA MAUT TERTIMBUS

„ Suami isteri, pekerja kebun tidur dalam pondok maut ditimbus tanah runtuh di Cameron Highlands

- Muhammad Apendy Issahak apendy@nstp.com.my

Pasangan suami isteri antara tiga pekerja kebun maut selepas rumah kongsi didiami mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 49,Kampung Tiga, Kuala Terla di sini, semalam.

Tragedi itu mengorbank­an dua wanita dan seorang lelaki termasuk pasangan suami isteri warga Myanmar berusia 23 dan 34 tahun yang dipercayai bekerja di kawasan kebun berhampira­n lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah

Cameron Highlands Deputi Superinten­dan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian jam 10.40 pagi.

“Polis terima maklumat melalui panggilan telefon daripada orang awam memberitah­u tiga rakannya tertimbus akibat tanah runtuh di kampung berkenaan.

“Susulan itu, pasukan polis bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bergegas ke lokasi kejadian bagi tujuan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi berkenaan membabitka­n tiga pegawai dan tujuh anggota polis dan dua pegawai serta 16 anggota bomba,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, pada jam 11.30 pagi apabila sampai di tempat kejadian didapati dua mangsa iaitu wanita warga Myanmar sudah berjaya dikeluarka­n oleh rakan mangsa dan disahkan meninggal dunia.

“Seorang lagi mangsa masih di dalam pondok yang tertimbus dan kerja menyelamat dijalankan polis, bomba dengan bantuan masyarakat setempat.

“Jam 1.20 tengah hari mangsa ketiga berjaya ditemui serta dikeluarka­n dan disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika ketiga-tiga mangsa dipercayai sedang tidur di dalam pondok.

Katanya, pondok itu didirikan di kawasan tidak sah iaitu di bawah cerun yang curam dan akibat daripada hujan lebat, berlaku tanah runtuh yang menimbus kediaman mangsa.

Ashari berkata, setakat ini hanya butiran ringkas sahaja mengenai identiti kesemua mangsa kerana dokumen pengenalan diri tidak ditemui dan polis sedang mengenal pasti identiti sebenar mangsa.

“Butiran ringkas identiti mangsa adalah Aung Thong, 23, bersama isterinya Naing Vai, 23, manakala seorang lagi wanita dikenali sebagai Mu Aye Aye, 34,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TIGA mayat termasuk pasangan suami isteri yang dibawa keluar.
TIGA mayat termasuk pasangan suami isteri yang dibawa keluar.
 ??  ?? ANGGOTA penyelamat menggali tanah bagi mengeluark­an mayat.
ANGGOTA penyelamat menggali tanah bagi mengeluark­an mayat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia