Harian Metro

30 GENG PAK SU BEBAS

Geng Pak Su termasuk ketua kumpulan dibebaskan daripada tuduhan anggotai kumpulan jenayah terancang

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@nstp.com.my

Mahkamah Tinggi di sini, semalam melepas tanpa membebaska­n 30 ahli Geng Pak Su termasuk ketuanya, Johari Ariffin, 36, yang didakwa menganggot­ai kumpulan jenayah terancang di Kubang Pasu sejak tiga tahun lalu.

Pesuruhjay­a Kehakiman Chan Jit Li memutuskan demikian selepas membenarka­n permohonan Timbalan Pendakwa Raya Zabidah Ahmad yang memaklumka­n bahawa pihak pendakwaan tidak berhasrat meneruskan pendakwaan mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Pak Su bermula 1 Januari 2015 hingga 30 Ogos lalu.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut seksyen sama jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun.

Selain Johari, turut dilepaskan Rosidi Aziz, 36, Norazif Ahmad, 38, Shahadan Salim, 39, Fairus Hafiz Mohd Yusoff, 25, M Murugan, 37, Rosli Ariffin, 41, Sariman Idris, 43, Mohd Norhizam Zamzuri, 30, Faizol Sobri Romli, 30, dan Amirul Ashraf Hussain, 21.

Selain itu, mahkamah turut membuat keputusan sama terhadap Muhamad Ashraf Aziz, 24, Faizal Azlyshah Romli, 34, Aziz Othman, 57, Muhamad Asrun Amir Hussain, 24, Muhammad Luqman Hakim Zainal, 19; Nur Arif Norzaidi, 20, Muhamad Amir Daud, 23, Norhasrul Izwan Noraini, 34, Joni Yakub, 38, Zamzuri Aziz, 23, Shamsol Long, 46, Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 22, dan Mohamad Rozaidi Sabu, 27.

Enam lagi yang dilepas tanpa dibebaskan adalah Jamal Muhamad Syafian Jamaludin, 24, Mazlan Ahmad, 48, Akmal Firdaus Ahmad, 22, Mohd Shafiz Ibrahim, 29, Mohd Mizan Ismail, 39, dan Mohd Azhar Muei, 20.

Sebelum ini, mereka termasuk Johari dihadapkan ke Mahkamah Sesyen secara berasingan pada 26 September, 9 Oktober dan 2 November 2017.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN anggota Geng Pak Su yang dibawa ke Mahkamah Tinggi Alor Setar pada Januari lalu.
SEBAHAGIAN anggota Geng Pak Su yang dibawa ke Mahkamah Tinggi Alor Setar pada Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia