Harian Metro

AMIRA YouTuber TERBAIK ASIA

„ Tersenarai antara lima pemain dram terbaik wanita dunia bawah 18 tahun

- Mahaizura Abd Malik cnews@nstp.com.my

Dia tidak pernah menghadiri kelas muzik namun kerana minat terhadap dram Nur Amira Syahira Azizul Abidin, 15, mengembang­kan bakatnya dengan hanya berpanduka­n YouTube sebagai gurunya.

Lebih membanggak­an remaja itu mengharumk­an nama Malaysia apabila tersenarai dalam lima kedudukan terbaik pemain dram wanita dunia bawah 18 tahun menerusi pertanding­an Hit Like A

Girl 2016.

Pada usianya masih muda, bakatnya dikagumi hingga memiliki lebih satu juta pengikut serta meraih lebih dua bilion jumlah tontonan dalam saluran YouTube miliknya bagi tempoh dua tahun.

Kejayaan itu sekali gus melonjak populariti gadis berkenaan hingga diiktiraf YouTube menerusi Anugerah Gold Play Button selain dinobatkan sebagai YouTuber terbaik Asia tahun ini.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia mula mempelajar­i alat muzik berkenaan sejak berusia lapan tahun.

“Sejak kecil saya suka tengok YouTube. Daripada situ saya mula mengenali dram yang saya dapati ia mempunyai keunikan tersendiri sebelum menarik minat saya mempelajar­inya.

“Tiada siapa yang ajar saya, jauh sekali ke kelas muzik semuanya dipelajari daripada YouTube saja,” katanya.

Menurutnya, dia menjadikan pemain dram profesiona­l dunia dan tempatan seperti Meytal Cohen, Joey Jordison, Christian Coma serta kumpulan Wings, Search dan Black Veil Brides sebagai inspirasi.

“Saya boleh bermain dram dalam teknik Roll dan Marching dan sekarang saya sedang menguasai teknik Swivel iaitu tekan pedal dram laju secara serentak.

“Saya suka mencuba semua genre termasuk pop, klasik, bollywood, tarian dan metal.

“Hampir setiap hari saya akan memuat naik cover dram dalam apa jua lagu dan saya pernah meraih paling banyak tontonan iaitu 14 juta ketika memainkan dram lagu Lagi Syantik,” katanya yang pernah dijemput membuat persembaha­n bersama band terkenal tanah air.

Katanya, dia akui perlu bijak membahagi masa selain mempunyai jadual khusus bagi memastikan pelajaran tidak tercicir.

“Saya beruntung ibu dan ayah sangat menyokong minat saya, jadi saya tidak akan sia-siakan peluang yang diberi serta tidak mengabaika­n pelajaran.

“Setiap hari selepas balik dari sekolah saya akan meluangkan masa dua hingga tiga jam untuk membuat latihan mahupun ulang kaji mata pelajaran.

“Selepas semua kerja sekolah diselesaik­an, baru saya berlatih bermain dram,” katanya.

Saya pernah meraih paling banyak 14 juta tontonan Amira

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NUR Amira ketika dijemput menjadi panelis berkongsi pengalaman kepada YouTuber baru.
NUR Amira ketika dijemput menjadi panelis berkongsi pengalaman kepada YouTuber baru.
 ??  ?? NUR Amira diiktiraf YouTube menerusi Anugerah Gold Play Button selain dinobatkan sebagai YouTuber terbaik Asia 2018.
NUR Amira diiktiraf YouTube menerusi Anugerah Gold Play Button selain dinobatkan sebagai YouTuber terbaik Asia 2018.
 ??  ?? NUR Amira dinobatkan sebagai johan dalam pertanding­an Ceria ALL STARS.
NUR Amira dinobatkan sebagai johan dalam pertanding­an Ceria ALL STARS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia