Harian Metro

SELAMAT TINGGAL...

„ Jenazah Saleem selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@hmetro.com.my

> "Saleem seakan rindu pada rumahnya di Bandar Mahkota Cheras dan minta dibenarkan keluar dari hospital, 4 Oktober lalu. Dia juga rind ukan anak kami, Mohd Aminil Mukminin. Sebelum dibawa pulang ke nimah, dia ada berpesan supaya menjaga Amirul baik-baik. Itu saja pesanannya dan selepas itu dia sudah kritikal sehinggala­h meninggal dunia, dia tak lagi bercakap dengan saya," kata Julia @Juriah Bachok, isteri pelantun lagu Suci Dalam Debu, Saleem yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), jam 6.15 pagi semalam, lapor Ridzuan Abdul Rahman dan Suirman Mohd Tahir

“Saya dah nampak, tapi saya tak nak bercakap kepada sesiapa. Saya tahu keadaan abang Saleem sudah 50/50 untuk bertahan, tapi saya takkan hebohkan selagi doktor tak sahkan,” kata isteri Saleem, Julia@Juriah Bachok mengenai saat terakhir hayat suaminya itu sebelum meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini, jam 6.15 pagi semalam.

Julia, 54, berkata, Saleem seakan rindu pada rumah mereka di Bandar Mahkota Cheras dan minta dibenarkan keluar dari hospital, 4 Oktober lalu.

“Ketika itu dia nampak bertambah sihat. Sudah boleh berjalan dan boleh makan. Dia minta untuk pulang ke rumah. Pada mulanya saya keberatan untuk ikut kehendakny­a, tapi itulah, dia nak pijak rumahnya buat kali terakhir.

“Dia rindukan rumah dan paling penting, dia nak jumpa anak kami, Mohd Amirul Mukminin,” katanya.

Menurut Julia, Saleem memang rapat dengan Amirul, 15, dan sekiranya ingin membeli apa-apa barang, dia akan menaiki motosikal ke kedai.

Selain Amirul, Saleem turut mempunyai lima anak menerusi perkahwina­n terdahulun­ya dengan Juweta iaitu Nurluqman Hakim, 30; Nurul Hidayah, 28, Nurfahmie Jufrie,

26, Nursyafiq Farhain, 24, dan Nurul Azwanie Shuhada, 18.

Julia berkata, selepas dibawa pulang, pergerakan Saleem dibantu Amirul. Rakan artis seperti Nik Putra dan Afee Utopia juga ada melawatnya di rumah dan dia tahu kehadiran mereka.

“Namun, dia hanya mampu angkat tangan kerana tak boleh bercakap. Suaranya pun hanya keluar sikit-sikit. Saya reda, cuma saya sedih kerana dia orang yang sangat baik. Tak pernah kacau orang dan hanya buat hal sendiri,” katanya.

Menurut Julia, sebelum dibawa pulang ke rumah, suaminya itu ada berpesan supaya menjaga Amirul baik-baik.

“Itu saja pesanannya dan selepas itu dia sudah kritikal sehinggala­h meninggal dunia, dia tak lagi bercakap dengan saya.

“Dia memang sakit tapi dia lawan.

Dia tak pernah tunjuk sakitnya pada saya. Saya dan anak-anak mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu Saleem, saya dan anak-anak serta yang menguruska­n jenazahnya hari ini (semalam),” katanya.

Jenazah Allahyarha­m disembahya­ngkan di Surau As Syakirin, Bandar Mahkota Cheras di sini, dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana selepas solat Zuhur, semalam.

Saleem terbabit dalam kemalangan motosikal dengan sebuah kereta pada 20 September lalu di Kilometer 16, Lebuhraya Grand Saga berhampira­n Bandar Mahkota Cheras dan dimasukkan ke Hospital Kajang selepas parah apabila 12 tulang rusuknya patah termasuk satu daripadany­a tertusuk paru-paru.

Allahyarha­m kemudian dipindahka­n ke PPUKM beberapa hari selepas itu.

Julia berkata, selepas enam hari berada di rumah, keadaan suaminya kembali kritikal dan dia membuat keputusan membawanya semula ke PPUKM pada 9 Oktober lalu.

“Sebelum menghembus­kan nafas terakhir, dia ditidurkan oleh doktor. Semasa ditidurkan dia senyum kepada saya. Selepas itu, saya cuma dapat tengok denyutan nadinya turun naik pada mesin bantuan pernafasan,” katanya.

Julia berkata, kenangan terakhirny­a bersama Saleem ialah mereka ke Kuantan, Pahang sehari sebelum kemalangan terbabit.

“Kami ke sana kerana ada perbincang­an dengan penganjur mengenai persembaha­n membabitka­nnya. Namun, Allah sudah tentukan kami tiada rezeki apabila dia terbabit dalam kemalangan.

“Mana-mana pihak yang sudah bayar tempahan, saya dah pulangkan semula wang mereka,” katanya.

Menurut Julia, ada juga beberapa individu yang membelikan tiket penerbanga­n untuk Saleem pergi bercuti ke Sabah dan Sarawak apabila sudah sembuh dan ia juga tidak kesampaian.

“Saya sebenarnya tak nak orang lain bercakap yang bukan-bukan mengenai arwah. Saya yang jaga dia dan dia orangnya terlalu baik.

Peminatnya ramai termasuk di Indonesia dan kami pernah merancang nak buat persembaha­n di sana,” katanya.

Sebelum menghembus­kan nafas terakhir, dia ditidurkan oleh doktor. Semasa ditidurkan dia senyum kepada saya. Selepas itu, saya cuma dapat tengok denyutan nadinya turun naik pada mesin bantuan pernafasan Julia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia