Harian Metro

Macam aksi filem

„ Penunggang motosikal tak cedera walaupun berguling ke bahu jalan selepas rempuh kereta

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Pelik tetapi benar! Seorang penunggang motosikal yang merempuh kereta Honda City sebelum tercampak dan berguling ke bahu jalan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Video kemalangan yang berlaku jam 11.15 pagi kelmarin itu tular di laman sosial menunjukka­n lelaki itu menunggang motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 42, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dekat susur Bukit Tinggi, di sini.

Namun, mangsa tidak sempat mengelak kereta yang tiba-tiba melintang jalan di lorong kanan lebuh raya sebelum melanggar kenderaan itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Pahang, Superinten­dan Kamarulzam­an Jusoh berkata, kejadian itu menyebabka­n pemandu kereta Honda City luka dan lebam pada bahagian badan.

“Pemandu Honda City dalam perjalanan dari Gombak ke Kemaman dan berada di lorong kanan. Sebaik tiba di lokasi, sebuah kereta di belakang yang tidak dikenal pasti menyalakan lampu tinggi meminta kereta Honda City terbabit memberi laluan.

“Pemandu Honda City itu memberikan isyarat menukar laluan ke lorong kiri, namun tiba-tiba sebuah lagi kereta Mazda CX-5 tiba-tiba keluar dari susur menyebabka­n pemandu Honda City tidak sempat mengelak dan melanggar Mazda CX-5,” katanya.

Beliau berkata, akibat pelanggara­n itu, kereta Honda City berpusing dan terbabas ke lorong kanan sebelum melanggar tembok pembahagi jalan.

“Sebuah motosikal model Yamaha MT07 dari arah belakang melanggar Honda City pada bahagian pintu hadapan sebelah kanan menyebabka­n penunggang­nya tercampak ke bahu jalan,” katanya.

Kamarulzam­an berkata, selain pemandu kereta Honda City yang luka dan lebam, penunggang motosikal serta pemandu Mazda CX-5 tidak cedera.

“Kereta Honda City rosak pada bahagian enjin, depan, belakang, bonet depan dan belakang, cermin besar depan, cermin besar belakang, serta pintu depan sebelah kanan. Manakala motosikal rosak bahagian hadapan, radiator pecah dan lampu pecah,” katanya.

 ??  ?? KERETA terbabas langgar pembahagi jalan dalam kemalangan di Kilometer 42, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dekat susur Bukit Tinggi.
KERETA terbabas langgar pembahagi jalan dalam kemalangan di Kilometer 42, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dekat susur Bukit Tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia