Harian Metro

LIMA JIWA SELAMAT

- Safuri Kamarudin cnews@nstp.com.my

Baling

Tindakan pantas wanita dalam berpantang 24 hari bersama anak dan adiknya keluar dari rumah di Kampung Lalang di sini, selepas merasai gegaran kuat menyelamat­kan mereka apabila sebahagian kediaman runtuh akibat hujan lebat, kelmarin.

Siti Aminah Abd Rahim, 33, berkata, hujan lebat selama tiga jam bermula 6 petang menyebabka­n air sungai Charok Bunting yang terletak kira-kira tiga meter dari kediaman semakin naik dan menghakis tebing.

Menurutnya, bimbang dengan keselamata­n menyebabka­nnya segera menghubung­i ahli keluarga meminta pertolonga­n berpindah ke tempat selamat.

“Saya menyewa di Kampung Lalang sejak setahun lalu dan ini kali pertama berlaku banjir dan runtuhan tebing.

“Ketika kejadian suami (Abd Halim Mohamad, 43) tiada di rumah kerana memandu bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Johor menyebabka­n saya terpaksa menghubung­i ahli keluarga lain meminta bantuan kerana masih berpantang selepas bersalin anak ketiga,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya, Zawiyah Abd Raof, 58, di Kampung Ulu Legong, semalam.

Dia yang bekerja di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baling berkata, hujan lebat itu menyebabka­n air sungai Charok Bunting naik sehingga dua meter sebelum menerjah tebing menyebabka­n rumah sewanya senget dan runtuh.

“Ketika itu kami empat beranak dan seorang adik perempuan berada di rumah dan terkejut apabila gegaran kuat kerana hakisan tebing.

“Mujurlah ketika berlaku runtuhan saya bersama anak-anak sempat menyelamat­kan diri,” katanya.

Adiknya, Siti Zainab, 32, berkata, runtuhan itu berlaku ketika dia sedang memindahka­n barangan dalam rumah ke tempat selamat.

“Tiba-tiba bunyi dentuman kuat dan rumah menjadi senget lalu saya bergegas keluar namun terkejut melihat keadaan rumah.

“Mujurlah tidak ada kejadian buruk kerana ia berlaku sekelip mata,” katanya.

„ Wanita berpantang, bayi serta adik larikan diri selepas rumah sewa bergegar akibat tebing sungai runtuh

 ??  ?? SEBAHAGIAN struktur rumah runtuh selepas tebing dihakis sungai Charok Bunting ketika hujan lebat.
SEBAHAGIAN struktur rumah runtuh selepas tebing dihakis sungai Charok Bunting ketika hujan lebat.
 ??  ?? SITI Aminah meriba anaknya berusia 24 hari.
SITI Aminah meriba anaknya berusia 24 hari.
 ??  ?? ANGGOTA penyelamat membantu warga emas menaiki trak untuk dibawa ke pusat pemindahan sementara di Kompleks Rakan Muda, Batu 42, Pulai.
ANGGOTA penyelamat membantu warga emas menaiki trak untuk dibawa ke pusat pemindahan sementara di Kompleks Rakan Muda, Batu 42, Pulai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia