Harian Metro

Abu jadi selebriti sado dunia penternaka­n

-

Lembu sado baka Charolais berusia tiga tahun dua bulan yang diberi nama Abu, bukan saja comel dan manja malah menjadi selebriti dunia haiwan ternakan.

Penternak lembu, Mohd Sapian Safii, 49, berkata Abu yang berbadan sado mempunyai nilai di pasaran mencecah RM20,000, namun dia tidak berhasrat menjual haiwan itu kepada sesiapa buat masa ini.

Katanya, pada Aidiladha lalu, dia menolak tawaran beberapa individu yang berminat membeli Abu pada harga RM15,000 untuk ibadah korban.

“Saya menolak tawaran ini dan tidak sanggup menjualnya kepada individu lain kerana terlalu sayang kepada Abu melebihi wang ringgit.

“Lembu ini saya sendiri yang menjadi bidan menyambut kelahirann­ya selain mengasuh serta menyaksika­n pembesaran­nya di depan mata sehingga berat mencecah 940 kilogram,” katanya pada pameran Ekspo Tani dan Hijau 2018 di Padang Perdana di sini, semalam.

Bapa kepada seorang anak itu berkata, selain Abu, dia juga menternak tiga lagi lembu sado daripada baka sama sebagai hobi sejak enam tahun lalu.

Tiga lembu lain berumur 15 bulan hingga enam tahun.

“Lembu pertama saya pelihara ialah ibu Abu yang dibeli ketika berusia enam bulan pada harga RM4,000.

“Biarpun kos makanan untuk ternakan ini mencecah RM1,000 sebulan, namun saya tidak kisah bagi memastikan mereka membesar dengan sihat.

“Saya puas melihat lembu peliharaan membesar dan gemuk. Sebab itu saya tidak kira sangat kos yang ditanggung bagi menternak lembu baka Charolais kerana saya anggap mereka bagai anak sendiri,” katanya yang juga peniaga kedai makan.

Katanya, setiap hari dia akan memandikan Abu dua kali sehari dan masa yang diambil untuk membersihk­an haiwan itu ialah dua jam kerana badannya lebih besar berbanding lembu tempatan.

 ??  ?? MOHD Sapian bersama Abu pada pameran Ekspo Tani dan Hijau 2018, semalam.
MOHD Sapian bersama Abu pada pameran Ekspo Tani dan Hijau 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia