Harian Metro

Siasat pembekal

- Balqis Jazimah Zahari cnews@nstp.com.my

„ KKM ambil tindakan jika bukti diperoleh kukuh

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) boleh mengambil tindakan terhadap peniaga laksa kebok di Kupang, Baling mengikut Akta Makanan 1983 apabila memperoleh bukti punca keracunan.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, pihaknya bukan mahu menghukum peniaga laksa tetapi akan cuma mengambil tindakan terhadap yang terbabit saja.

“Siasatan juga dijalankan terhadap rangkaian pembekal kepada peniaga terbabit kerana kita mesti siasat puncanya agar keracunan makanan tidak merebak,” katanya ketika ditemui selepas melancarka­n Program Gotong-Royong Perdana Cegah Denggi di Padang Medan Pengkalan Mutiara di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pemilik gerai laksa kebok berkenaan yang mempertimb­angkan untuk mengambil tindakan saman terhadap KKM kerana kenyataan disiarkan seolah-olah sah laksa dijualnya beracun.

Pemilik gerai laksa berkenaan, Daud Ismail, 51, mendakwa keputusan makmal belum keluar tetapi kenyataan KKM yang mengeliruk­an memberi gambaran buruk kepada perniagaan­nya.

Dakwanya, jika kenyataan KKM mengaitkan sejarah membeli laksa boleh diterima tetapi ini terus mengatakan laksa beracun.

Sebelum ini dilaporkan KKM mengesahka­n keracunan makanan disyaki berpunca daripada laksa yang dibeli di gerai di Kupang dengan dua kematian membabitka­n mangsa Raseah Ali Musa, 70, dan orang kurang upaya (OKU), Abdul Rahim Abdul Manan, 28, yang kedua-duanya berasal dari Gerik.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 10 Oktober lalu.
LAPORAN Harian Metro, 10 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia