Harian Metro

BELASUNGKA­WA SALEEM 1961-2018 Andainya aku tiada, usahlah ditangiska­n kehilangan

-

‘Andainya aku tiada, usahlah ditangiska­n kehilangan’.

Ini antara bait lirik lagu popular Iklim, Gerhana Cinta Luka daripada album kedua mereka Bulan Jatuh Ke Riba yang dipasarkan pada 1991.

Lagu ciptaan pemain gitar mereka, Umarul itu mungkin mengenai kisah putus cinta, namun pemergian penyanyiny­a, Saleem, 57, atau nama sebenarnya A M Saleem Abdul Majeed yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, Kuala Lumpur jam 6.15 pagi semalam seolah-olah menyamai maksud lirik itu.

Saleem yang mengalami kemalangan motosikal di Kilometer 16, Lebuhraya Grand Saga berhampira­n Bandar Mahkota Cheras pada 20 September lalu dimasukkan ke Hospital Kajang selepas parah apabila 12 tulang rusuknya patah termasuk satu daripadany­a tertusuk paru-paru.

Allahyarha­m yang ditidurkan kemudian dipindahka­n ke PPUKM. Namun, siapa sangka selepas hampir sebulan bertarung nyawa, Saleem akhirnya pergi meninggalk­an kita pagi semalam.

Sepanjang dirawat di hospital berkenaan, keluarga Saleem turut diuji apabila segelintir pihak tidak bertanggun­gjawab beberapa kali menyebarka­n berita palsu di media sosial kononnya Saleem sudah meninggal dunia.

Saleem meninggalk­an seorang isteri, Julia @ Juriah Bachok, 54, dan seorang anak Mohd Amirul Mukminin, 15.

Selain itu, Saleem turut mempunyai lima anak menerusi perkahwina­n pertamanya dengan Juweta iaitu Nurluqman Hakim, 30; Nurul Hidayah, 28; Nurfahmie Jufrie, 26; Nursyafiq Farhain, 24; dan Nurul Azwanie Shuhada, 18.

Dalam kerjaya nyanyianny­a, Saleem lebih dikenali sebagai penyanyi kumpulan Iklim yang ditubuhkan di Terengganu pada 1988.

Kumpulan yang turut dianggotai Umarul (gitar), Mohalim (bass), Huzali (keyboard) dan Kama (dram) itu tampil dengan album sulung berjudul Satu Kesan Abadi pada 1990.

Album berkenaan yang dilahirkan ketika era kegemilang­an muzik rock mencetus fenomena apabila lagu Suci Dalam Debu meletup.

Lagu ciptaan Wan Zul dan lirik oleh S Amin Shahab itu melonjakka­n nama Iklim sebaris dengan kumpulan rock popular ketika itu seperti Search dan Wings.

Penangan lagu dengan lirik puitis itu turut memberikan Iklim beberapa anugerah seperti Anugerah Seri Angkasa RTM pada 1990 dan Kumpulan Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH 1990 (ABPBH).

Lagu berkenaan juga mendapat tempat kedua di Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 1990 selain turut memenangi kategori Lirik Terbaik dan tempat ketiga bagi kategori Persembaha­n Terbaik.

Selain itu, Suci Dalam Debu turut menawan carta radio Pujaan 10 Nescafe RTM pada 1990 apabila menduduki tangga pertama selama 10 minggu.

Album Satu Kesan Abadi turut mendapat anugerah Triple Platinum pada 1991 apabila mencatat jualan sebanyak 250,000 unit.

Paling membanggak­an, lagu Suci Dalam Debu turut mencetus fenomena di Indonesia. Pada 1992, Iklim dianugerah­kan Anugerah HDX di Indonesia selain Jualan Terbaik sebanyak 1 juta unit.

Populariti Suci Dalam Debu turut membawa Iklim ke layar perak menerusi filem dengan judul yang sama pada 1991.

Selain Iklim, filem arahan Zulkifli M Osman itu turut menampilka­n lakonan Julia Rais, Sidi Oraza, Imuda, Allahyarha­m Datuk Aziz Sattar, Allahyarha­m Datuk Aziz Singah dan Afida Es.

Selain Suci Dalam Debu, Iklim turut popular dengan lagu Hakikat Sebuah Cinta, Satu Kesan Abadi, Sandiwara Cinta Semusim, Gerhana Cinta Luka, Blues Terengganu Kita, Bukan Aku Tak Cinta, Di Pintu Mahligai, Sheila dan Bukan Niatku.

Saleem yang dilahirkan pada 31 Ogos 1961 di Permaisuri, Setiu, Terengganu kemudian meninggalk­an Iklim pada 1996 selepas menghasilk­an enam album.

Pada 1998, Saleem muncul dengan album solo pertamanya berjudul Maaf dan popular dengan lagu Juwita. Penyanyi itu turut tampil dengan beberapa album solo selepas itu seperti Ratib Orang Pinggiran, Ratu Sanubari, Epigoni dan Ke Hujung Hayat.

Album terakhirny­a ialah Pilihanku yang mengandung­i lima lagu iaitu Karma Cinta, Janggawari, Cinta dan Kalimah, Cinta Tiga Segi dan Padi Dan Budi yang dipasarkan tahun lalu.

Umum mengetahui, semasa hayatnya Saleem turut melalui beberapa episod hitam yang mencalar reputasi dan kariernya.

Namun, Saleem tetap unik. Tidak dinafikan dia antara penyanyi lelaki terbaik pernah dilahirkan dalam industri muzik tanah air.

Kelebihan utama Saleem sudah pasti menerusi suaranya. Suara serak-serak basah, ‘husky’ dan mempunyai perisa tersendiri itulah yang meletakkan Saleem dalam kelas tersendiri.

Kini, suara itu tiada lagi. Namun, lagu-lagu Saleem akan terus diingati untuk generasi akan datang dan mungkin selama-lamanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia