Harian Metro

‘Kami pernah bergurau masuk GV’

-

Banyak perancanga­n yang dibuat bersama Allahyarha­m Saleem semasa hayatnya tidak kesampaian termasuk menyertai program realiti popular Gegar Vaganza (GV).

Penyanyi popular, Zamani berkata, Saleem ada menyuaraka­n hasrat untuk menyertai GV beberapa tahun lalu.

“Kami ada bergurau untuk masuk GV beberapa tahun lalu ketika dia sihat.

“Saya memang amat terkilan tidak dapat bertemu dengan arwah dalam keadaan dia sedar. Saya ada melawatnya selepas dia kemalangan tetapi dia tidak boleh bercakap,” katanya.

Menurut Zamani, Saleem adalah penyanyi yang tiada tolak bandingnya dan antara penyanyi yang paling senang memberikan kerjasama.

“Arwah memang senang untuk memberikan kerjasama terutama ketika di studio rakaman. Suaranya memang tiada ganti,” katanya.

Zamani pernah merakamkan semula lagu Isabella dengan Saleem bersama dua lagi penyanyi legenda iaitu Datuk Jamal Abdillah dan Amy Search.

Sementara itu, penyanyi Datuk Hattan berkata, Allahyarha­m pernah merakam sebuah lagu bersamanya tetapi tidak berpeluang untuk dilancarka­n.

“Kali terakhir saya berjumpa arwah adalah pada Disember lalu ketika sama-sama menjayakan konsert jelajah di Sabah. Ketika itu arwah sangat gembira dan ceria. Sepanjang mengenalin­ya, dia memang berperwata­kan begitu,” katanya.

“Saya agak terkilan kerana sepatutnya saya dan isteri melawatnya dua minggu lalu, tetapi dibatalkan pada saat akhir kerana perlu pulang ke kampung,” katanya.

 ??  ?? ZAMANI
ZAMANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia