Harian Metro

Kuat kuasa sistem pelesenan aktiviti sukan luncur udara

-

Kerajaan diminta melaksanak­an penguatkua­saan sistem pelesenan kepada sukan luncur udara bagi mengurangk­an risiko kemalangan akibat aktiviti itu.

Presiden Persatuan Luncur Udara Malaysia Kapten (B) Mohd Ikhwan Azillah berkata, sudah tiba masanya Jabatan Penerbanga­n Awam Malaysia (DCA) mewajibkan aktiviti sukan udara mempunyai lesen, sekali gus hanya dibenarkan terbang berdasarka­n penilaian yang mereka miliki.

Menurutnya, sehingga kini tiada sebarang agensi di negara ini yang mengawal paraglider untuk terbang di udara dan meletakkan keselamata­n mereka dalam risiko.

“Penggiat sukan paramotor di Malaysia ketika ini tidak diletakkan di bawah mana-mana pertubuhan yang menyebabka­n aktiviti ini tidak boleh dikawal.

“Sepatutnya ada badan penguat kuasa di negara ini yang mengawal selia jika ada yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan, mereka tidak dibenarkan terbang di udara.

“Sebelum ini, kami pernah mengutarak­an prosedur operasi standard (SOP) kepada DCA, tetapi tidak mendapat kerjasama, ” katanya.

Beliau mengulas kejadian pengemudi paramotor maut akibat lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Muda apabila enjin paramotorn­ya mengalami masalah ketika melakukan aktiviti itu di Dataran Dato Ali Yahaya di sini, kelmarin.

Mohd Ikhwan berkata, Malaysia boleh mencontohi peraturan dilaksanak­an di negara lain seperti New Zealand dan Australia yang menguatkua­sa syarat ketat sebelum membenarka­n paramotor terbang.

 ??  ?? LAPORAN Metro Ahad, semalam.
LAPORAN Metro Ahad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia