Harian Metro

119 pelajar asing guna visa pelancong

-

Kangar: Seramai 119 penuntut asing yang belajar di pusat pembelajar­an agama dikaitkan dengan ideologi Salafi Jihadi didapati hanya menggunaka­n visa pelancong untuk masuk ke negeri ini.

Ketua Polis Perlis Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, siasatan mendapati mereka tidak memohon visa pelajar ketika menuntut di pusat pembelajar­an agama terbabit.

Menurutnya, institusi pengajian itu diwujudkan secara tidak formal dan difahamkan 25 orang awam tempatan mengikuti kelas pengajian mereka.

“Kesempatan ini digunakan pelajar asing masuk belajar dengan menggunaka­n visa pelancong.

“Jadi di atas kertas, mereka ini masuk sebagai pelancong sah dan pada masa yang sama datang belajar di situ,” katanya di Tapak Projek Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis (IPK) yang baru di sini, semalam.

Noor Mushar berkata, sistem pengajaran dan pembelajar­an yang diamalkan di pusat berkenaan mendorong pelajar asing dari luar negara datang ke situ.

“Hasil siasatan terhadap pengurusan, mereka mengakui bakal menerima ramai lagi pelajar asing baru dari 19 negara dari Timur Tengah dan Eropah.

“Buat masa ini kita jalankan pemeriksaa­n dan penapisan terperinci ke atas 119 penuntut berkenaan termasuk latar belakang keluarga mereka yang dijangka selesai dua minggu lagi,” katanya.

Sebelum ini, lapan lelaki termasuk tujuh warga asing terbabit dengan kegiatan kumpulan ekstremis di negara ini dan ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tiga serbuan serentak di Perlis, Kuala Lumpur dan Johor pada 24 September lalu.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahka­n suspek mempunyai hubungan dengan pusat pengajian Islam di Perlis sama ada sebagai pelajar, bekas tenaga pengajar atau bekas penuntut.

Noor Mushar enggan mengulas lanjut mengenai kemalangan membabitka­n kematian seorang tahanan ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.

 ??  ?? NOOR Mushar
NOOR Mushar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia