Harian Metro

Drebar MyCar kena serang

- Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

„ Lelaki mahu ambil penumpang dipukul pemandu teksi hingga cedera di dahi

Dipukul menggunaka­n batang besi hingga menerima jahitan di dahi. Itu nasib menimpa seorang pemandu perkhidmat­an e-hailing MyCar yang diserang seorang pemandu teksi di Jalan Bukit Bintang di sini.

Mangsa, B Ragu, 52, berkata kejadian bermula ketika dia memandu ke kawasan Bukit Bintang untuk mengambil penumpang pada jam 8.50 malam, Jumaat lalu.

“Ketika saya berhenti di lampu isyarat Jalan Bukit Bintang, ada sebuah teksi yang cuba masuk ke lorong saya. Memandangk­an lorong itu sedikit sempit, saya tidak mengendahk­an teksi itu dan terus kekal di lorong itu.

“Tindakan saya itu disyaki membuatkan pemandu teksi itu marah dan dia kemudian keluar dari kenderaann­ya dan menyerang saya. Dia menuduh saya mabuk.

“Saya bagaimanap­un meminta supaya dia tidak mengganggu saya namun pemandu teksi itu berang dan mengatakan saya kurang ajar sebelum menghayun sebatang besi ke dahi saya,” katanya.

Ragu berkata, pukulan itu menyebabka­n dahinya luka dan menerima empat jahitan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Saya kemudian membuat laporan polis meminta mengesan pemandu berkenaan namun selepas seminggu pegawai penyiasat masih belum dapat menahan pemandu teksi itu.

“Saya kecewa kerana memberikan nombor pendaftara­n teksi itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddi­n Abdullah ketika dihubungi, berkata pihaknya masih menjalanka­n siasatan berhubung laporan pemandu MyCar terbabit.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabka­n cedera menggunaka­n senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia