Harian Metro

Kelam-kabut sorok barang jualan ‘ciplak’

-

Kuala Lumpur: Kelam-kabut menyorokka­n barang jualan ‘ciplak’ sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa dan pegawai Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur.

Itu antara gelagat peniaga di sekitar Pasar Jalan Pudu di sini, yang kerap dikesan menjual pelbagai barangan berjenama cetak rompak kepada orang ramai.

Bagaimanap­un tindakan mereka itu gagal apabila penguat kuasa KPDNHEP dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak pantas merampas barangan tiruan dijual.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Low Swee Hon berkata, sebanyak tujuh premis yang didapati menjual produk tiruan dikenakan kompaun.

“Serbuan turut merampas pelbagai barangan tiruan berjenama antaranya jersi, aksesori telefon, beg, topi dan cermin mata dijual pada harga murah.

“Selain pemeriksaa­n gerai di pasar berkenaan, pasukan penguatkua­sa turut menjalanka­n pemeriksaa­n di premis tetap,” katanya selepas serbuan berkenaan.

Swee Hon berkata, selain barang tiruan, terdapat dua kes yang disiasat mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972.

“Peniaga terbabit dikesan menggunaka­n alat pengukur atau alat timbang yang sudah tamat tempoh.

“Ada juga peniaga yang tidak mempamerka­n tanda harga ketika jualan,” katanya.

Menurutnya, semua barangan itu dirampas dan kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

“Secara keseluruha­n jumlah kompaun yang dikeluarka­n adalah RM1,100. Dalam kes ini pemilik premis boleh didakwa dan kami menasihati pengguna supaya berhati-hati dan elakkan membeli serta menggunaka­n produk tiruan,” katanya.

 ?? FOTO: SHAHRIL BADRI
FOTO: MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI ?? LOW (tengah) bersama pegawai penguat kuasa melakukan sitaan terhadap kedai yang ditinggalk­an oleh peniaga selepas menyedari kehadiran penguat kuasa KPDNHEP dan DBKL.
FOTO: SHAHRIL BADRI FOTO: MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI LOW (tengah) bersama pegawai penguat kuasa melakukan sitaan terhadap kedai yang ditinggalk­an oleh peniaga selepas menyedari kehadiran penguat kuasa KPDNHEP dan DBKL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia