Harian Metro

Dari gimnastik ‘ke’ tarian

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz cnews@nstp.com.my

„ Sharifah kalahkan 1,000 peserta untuk muncul juara pertanding­an tarian di China

Kecederaan kaki dialami ketika bergiat cergas dalam sukan gimnastik empat tahun lalu menyebabka­n pelajar, Sharifah Nur Syafina Idid Syed Azalan Idid, 14, terpaksa meninggalk­an sukan itu buat selama-lamanya.

Namun, perkara itu tidak mematahkan semangatny­a untuk kembali bangkit dan mencipta kejayaan dalam seni tarian.

Remaja kelahiran Kuantan itu mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi rak yat Malaysia pertama diangkat selaku juara pada Majlis Pertukaran Kebudayaan Antarabang­sa Belia China 2018 yang berlangsun­g di Chongqing, China pada 1 hingga 5 Oktober lalu.

Dalam majlis itu, Sharifah Nur Syafina mempersemb­ahkan seni tarian tradisiona­l secara solo dengan membawa watak Srikandi Mantera Semerah Padi dan Srikandi Tualang Tiga sebelum mengunggul­i kejohanan disertai lebih 1,000 peserta antarabang­sa.

Ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, remaja yang selesa disapa Fifi itu memberitah­u dia mula membabitka­n diri secara serius dalam bidang seni tarian sejak berusia 10 tahun.

“Selepas saya mendapat kecederaan dan tidak boleh berlatih gimnastik, saya ambil keputusan untuk bergiat cergas dalam seni tarian.

“Berkat sokongan dan dorongan keluarga saya meraih beberapa anugerah serta memenangi pertanding­an peringkat kebangsaan dan antarabang­sa,” katanya.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu turut berkongsi pengalaman sepanjang menjalani latihan di studio Pertubuhan Kumpulan Kesenian Mahligai Budaya Kuantan Pahang sejak empat bulan lalu.

Kata Sharifah, beliau akan mencari masa untuk ke studio latihan selepas tamat sesi persekolah­an dan meluangkan masa sejam berguru dengan dua jurulatih tempatan iaitu Bonny Lee serta Joan Low.

“Dua jurulatih ini yang banyak memberi tunjuk ajar dan melatih saya sepanjang empat bulan lalu. Memang mencabar kerana pergerakan dalam tarian ini saya perlu serasikan dengan pelbagai teknik seperti akrobatik,” katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Tengku Afzan, Kuantan itu memaklumka­n perkara paling sukar untuk dilakukann­ya dalam dua tarian dibawa adalah membuat riak wajah dan ekspresi muka yang betul mengikut watak dibawa.

Katanya, dia perlu menjiwai watak srikandi Melayu yang mahir bersilat dan gagah serta perlu diterjemah­kan dalam tarian selama empat minit.

“Kekuatan stamina dan ketenangan di pentas perlu ada kerana saya membawakan persembaha­n selama empat minit yang cukup bertenaga sambil diiringi muzik.

“Sebelum menyertai pertanding­an ini saya tidak letak harapan yang tinggi atau untuk memenangin­ya, saya cuma ingin buat yang terbaik...Alhamdulil­lah rezeki saya dipilih juri,” katanya.

Majlis Pertukaran Kebudayaan Antarabang­sa Belia China 2018 adalah acara tahunan yang menghimpun­kan bakat seni belia dari seluruh pelosok antarabang­sa yang diadili juri profesiona­l.

Sementara itu, ibu Fifi, Satira Abdullah, 48, berkata, dia tidak kisah menghabisk­an wang dengan mengeluark­an perbelanja­an sendiri bagi memenuhi minat anak perempuann­ya itu.

Dia berharap, kejayaan anaknya itu akan menjadi ikutan dan inspirasi remaja lain di Malaysia untuk mencipta nama di persada antarabang­sa.

“Buat masa ini seni tarian yang dibawa

Fifi belum popular di negara ini. Selain tarian tradisiona­l, Fifi juga mahir beraksi dalam seni tarian Cosplay (pakaian diperagaka­n watak Anime) dan pernah dijemput membuat beberapa persembaha­n,” katanya.

 ?? Sharifah Nur Syafina Idid Syed Azalan Idid ?? Berkat sokongan dan dorongan keluarga saya meraih beberapa anugerah serta memenangi pertanding­an peringkat kebangsaan dan antarabang­sa”
Sharifah Nur Syafina Idid Syed Azalan Idid Berkat sokongan dan dorongan keluarga saya meraih beberapa anugerah serta memenangi pertanding­an peringkat kebangsaan dan antarabang­sa”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia