Harian Metro

SEORANG KRITIKAL, 2 PULIH

- Safeek Affendy Razali, Nor Azizah Mokhtar, Hasbi Sidek dan Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur

Seorang pemain futsal Sabah yang dipanah petir petang kelmarin masih dalam keadaan kritikal manakala dua lagi mangsa dilaporkan semakin pulih.

Kejadian berlaku jam 4.30 petang kelmarin, ketika perlawanan futsal berlangsun­g membabitka­n Sabah menentang Terengganu sempena Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) yang diadakan di padang Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini.

Mangsa yang kritikal dikenal pasti sebagai Faizal Alli yang masih dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sehingga semalam.

Manakala rakan sepasukann­ya, yang berada dalam keadaan separa kritikal pula dikenali sebagai Abdul Wahid Habib Abdullah, 25.

Seorang lagi mangsa wanita dikenali sebagai Nur Izzati, wakil kontinjen Terengganu dibenarkan keluar hospital semalam.

Difahamkan semasa kejadian Faizal terbaring dan tidak sedarkan diri sebaik terkena petir manakala Abdul Wahid rebah ketika lari ke tepi padang.

Nur Izzati pula dilaporkan rebah sebaik menuju ke khemah pasukan Terengganu.

Difahamkan pegawai perlawanan masih meneruskan permainan futsal meskipun keadaan pada masa itu hujan lebat.

Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) yang mengesahka­n kejadian itu menegaskan keselamata­n dan kebajikan ketiga-tiga mangsa menjadi keutamaan dan akan memantau perkembang­an.

Tinjauan media di Zon Kecemasan hospital jam 9.30 malam kelmarin mendapati rakan sepasukan mangsa berkumpul menantikan perkembang­an terkini.

Turut berada di lokasi sama adalah pegawai dan kakitangan KBS dan Institut Sukan Negara (ISN).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia