Harian Metro

‘Badan saya kaku, kejang’

-

“Badan saya jadi kaku dan kejang sejurus dipanah petir. Saya masih dalam keadaan separuh sedar ketika itu,” ujar pemain futsal Sabah, Abdul Wahid Habib Abdullah, 25, yang cedera selepas dipanah petir ketika perlawanan Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, petang kelmarin.

Dia yang menyertai perlawanan Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) Peringkat Kebangsaan di Bukit Jalil, di sini, mendakwa dimaklumka­n pengurus pasukan bahawa permainan akan dihentikan jika cuaca buruk.

Namun, apa yang berlaku, permainan diteruskan walaupun hujan lebat kira-kira jam 4 petang.

Abdul Wahid yang juga pemain pasukan Sri Aman dari Tawau, Sabah berkata, kejadian berlaku ketika pasukannya baru sahaja mahu memulakan perlawanan menentang pasukan wakil dari Terengganu sebelum tib-tiba disambar petir.

“Kami baru sahaja mahu memulakan permainan. Terdahulu, terdapat perlawanan pasukan lain yang dilangsung­kan dalam keadaan hujan, jadi selepas perlawanan itu tamat, pasukan kami pula yang bermain menentang wakil Terengganu.

“Kejadian berlaku dengan pantas dan secara tiba-tiba rasa badan tidak dapat bergerak sebelum rebah.

Ada rakan yang membantu saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.

Dia bagaimanap­un kini berada dalam keadaan stabil dan dirawat di Unit Kemasukan Akut (AAU) hospital itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia