Harian Metro

Larangan bersalaman dengan mak nyah

-

ala Ibn al-Qasim (1/178)

Namun, ulama mengecuali­kan hukum sunat bersalaman seperti di atas kepada golongan yang disebutkan sebagai amrad al-jamil.

Amrad di sisi fuqaha’ ialah mereka yang tidak tumbuh janggut atau bulu mengikut kebiasaan lelaki. Rujuk Bujairimi ala Khotib (3/324)

Amrad yang dimaksudka­n ulama ialah lelaki yang rupanya seakan-akan wanita. Imam Nawawi Rahimahull­ah di dalam al-Majmu’ (4/476) menekankan perlunya berjaga-jaga daripada bersalaman dengan Amrad dan menyebut bahawa ‘memandang kepada amrad tanpa sebarang keperluan adalah haram menurut pendapat yang sahih dalam mazhab Syafie.’

Beliau menyatakan pengharama­n tanpa apa alasan sekali pun, melainkan dengan anak sendiri. Begitu juga dalam mazhab Imam Ahmad lebih tegas, bersalaman untuk mengucapka­n tahniah diharuskan jika sesama jantina, tetapi tidak dengan amrad. Rujuk Hasyiah al-Raud al-Murbi’ (2/522)

Imam Ibn Abidin daripada Hanafiyyah pula dalam Hasyiah-nya (1/283) mengambil pandangan yang membahagik­an kepada dua hukum:

Sekiranya amrad itu tidak mempunyai rupa paras yang menawan (pada kebiasaan) dan tidak membawa fitnah, maka dianggap seperti orang lelaki biasa, maka tidak diharamkan memandangn­ya.

Sekiranya amrad itu mempunyai rupa paras menawan (menurut kebiasaan) dan boleh membawa fitnah terbahagi kepada dua:

Memandang tanpa ada niat (talazzuz) iaitu bersedap-sedap atau bersyahwat, kemudian aman daripada fitnah. Seperti mana seorang lelaki memandang anaknya yang amrad, maka pada kebiasaan tidak akan ada niat.

Memandang dengan talazzuz dan bersyahwat, maka diharamkan untuk melihat.

Maka Imam Baijuri dalam Hasyiah-nya (1/178) menyebutka­n satu kaedah, ‘Setiap sesuatu yang diharamkan untuk dilihat, maka diharamkan untuk menyentuhn­ya’ kerana sentuhan lebih memberi kesan kepada syahwat.

Dikecualik­an daripada kaedah memandang ajnabi sekiranya mempunyai keperluan dalam urusan jual beli, menerima dan memberi hadiah, namun tetap tidak dibenarkan menyentuh ajnabi dalam urusan berkenaan.

Asas kepada pengharama­n bersalam dengan golongan amrad sangat jelas hikmahnya. Islam tidak menghina amrad, tetapi pengharama­n itu demi mengelakka­n kemungkara­n.

Jelas pada hari ini, apabila kes homoseksua­l yang dilaporkan melanda. Bermula dari kes guru meliwat murid di sekolah hingga kes pelakuan homoseksua­l yang membabitka­n sesama orang dewasa. Itu hikmahnya!

Kesimpulan­nya, kami mengqiyask­an larangan bersalaman dengan amrad dengan golongan transgende­r. Hal itu lebih utama kerana ‘illah kepada larangan itu adalah untuk mengelakka­n daripada terjatuh dalam kemungkara­n.

Sumber: Al-Kafi Li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia