Harian Metro

Impian China 2050

-

Kong tidak segan silu memakai penutup hidung apabila berada di tempat awam.

Mereka juga kini sentiasa peka kepada kebersihan sekeliling. Anda tidak boleh meludah merata-rata. Inspektor kesihatan akan mendenda anda sebanyak HKD500 jika anda meludah. Denda HKD2,000 pula dikenakan jika membuang puntung rokok.

Krisis ekonomi di awal 80-an dan penghujung 90-an pula meruntuhka­n ekonomi Hong Kong, lantas membawa ke tahun kemeleseta­n.

Banyak syarikat menutup operasi dan ramai yang hilang pekerjaan.

Ramai juga yang membunuh diri. Namun sebahagian besar ataupun majoriti mereka yang berdarah Hong Kong ini kembali bernafas dan segera bangkit daripada abu kemusnahan.

Orang kita, orang Malaysia harus meniru semangat pribumi Hong Kong.

Saya kongsikan apa yang saya nampak sendiri pada satu hari yang bersejarah pada 2012 di Shanghai.

Pada hari bersejarah itu, berlaku peralihan kepimpinan agung daripada bekas presiden Hu Jintao kepada presiden baru Xi Jinping.

Pada perhimpuna­n parti politik terbesar di dunia yang mempunyai keahlian seramai 89 juta orang dan 450 sub unit yang mewakili keseluruha­n wilayah tanah besar China, Presiden Xi Jinping sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis China telah mengisytih­arkan Impian China 2050.

Presiden Xi mengangkat tamadun Cina moden dengan mengisytha­rkan pada 2021, China akan menjadi sebuah negara maju dan seimbang sempena ulang tahun ke 100 Parti Komunis China.

Impian kedua pula, China akan menjadi negara terkuat dunia bermula 2049 bersempena dengan ulang tahun ke-100 penubuhan Republik Rakyat China.

Sebenarnya, apa yang dirancang oleh pemimpin agung ini adalah untuk menyediaka­n negara, rakyat dan sumbernya dengan kaedah pengagihan yang sempurna, adil dan saksama.

Dengan jumlah penduduk hampir 1.5 bilion, China tidak boleh tersilap di dalam percaturan ekonomi dan tidak boleh terkurang di dalam kitaran hidup, makanan dan pekerjaan.

Hong Kong juga bersedia dengan sumber yang luas terutamany­a pemilikan aset dan harta.

Walaupun tidak mempunyai tanah subur, kilang makanan Hong Kong terletak di tanah luas di negara asing seperti China, Australia dan Argentina.

Hong Kong telah membeli tanah subur ini untuk menyokong penggunaan harian serta selebihnya untuk eksport.

Malaysia sedang menuju 2020, di mana sebuah wawasan bangsa dan negara telah dilakar sedemikian rupa oleh pemimpin negara.

Malaysia patut bersedia menjadi sebuah negara maju. Kita ada lagi dua tahun untuk menyediaka­n diri kita.

Saban tahun Malaysia menghasilk­an lebih 500,000 pelajar tingkatan lima. Jumlah ini semakin meningkat setiap tahun. Sudah bersediaka­n kita untuk memberi mereka ini kehidupan? Apa peluang mereka untuk belajar dan bekerja? Cukupkah sumber yang kita ada?

Sudah sampai masanya kita mendalami maksud sabda Nabi Muhammad yang menuntut umat Islam mencari ilmu ke negara Cina. Lihatlah kegagahan China sekarang. Belajar juga dari Hong Kong sebagai

Penulis adalah Pengurusan Kanan CMC Engineerin­g di Hong Kong

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia