Harian Metro

Tiar anugera terind

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Kehadiran Nur Tiara Zinnirah menyerikan lagi mahligai cinta Achey dan isterinya, Nur Hasanah. Sejak adanya bayi comel itu, banyak pengalaman baru dilalui pelawak, pelakon dan pengacara itu.

Selepas lapan tahun menunggu, dia bersyukur dan bahagia dapat merasai nikmat bergelar bapa.

Achey berkata, dia dan isteri masih berusaha untuk mendapatka­n zuriat sendiri, namun tidak mahu terlalu meletak harapan tinggi. Baginya, keutamaan dan fokus utamanya kini adalah melihat Tiara membesar dengan baik.

“Tiara adalah anugerah yang datang tiba-tiba. Dia sudah berusia tiga bulan dan macam-macam yang saya lalui dan belajar. Kadangkada­ng saya tidur jam 4 pagi kerana menjaganya.

“Walaupun hanya sekadar anak angkat, dia buah hati saya dan isteri. Kami bersyukur dengan anugerah terindah ini. Suatu hari nanti, jika dikurniaka­n anak sendiri saya sudah tidak kekok menguruska­n anak kecil,” katanya.

Tidak memandang status, Achey berusaha sebaik mungkin memenuhi keperluan Tiara sama seperti anak sendiri. Namun, sebagai ibu bapa, pelawak itu sepakat dengan isterinya untuk bersikap tegas.

Kata Achey, mereka tidak akan sesekali mendedahka­n Tiara dalam dunia glamor dan lebih selesa membesarka­n anak itu secara sederhana tanpa memanjakan dengan harta benda.

“Kami akan cuba sebaik mungkin menyediaka­n keperluann­ya. Saya juga mahu elakkan dia daripada terdedah dengan dunia glamor dan mengajarny­a untuk hidup secara sederhana.

“Setiap kali ada masa terluang kami akan pulang ke kampung halaman di Ijok, Kuala Selangor agar dia dekat dengan suasana penuh kesederhan­aan,” kata Achey.

Menurut Achey, Tiara ada akaun Instagram sendiri dan mempunyai lebih 100,000 pengikut. Ada di antara pengikut memintanya membuat ulasan produk di akaun anaknya itu.

Tegas Achey, dia tidak mahu menjadikan akaun Instagram Tiara sebagai tempat mengaut keuntungan sedangkan Instagram peribadiny­a sudah digunakan untuk ulas produk berbayar.

“Ada individu yang minta kami ulas produk di Instagram Tiara, kami terima tanpa mengambil sebarang bayaran.

Dia akaun Tiara, kami lakukan secara percuma.

“Saya cuma mengharapk­an aga mereka sentiasa mendoakan kesejahter­aan

Tiara dan kam sekeluarga. It adalah lebih ik daripada wa g ringgit,” ka n yang turu mengem ng bakat se ga penyan .

a

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia