Harian Metro

UPSI perkenal STEM di sekolah harian

-

Komuniti Orang Asli terus menjadi kelompok yang diberi perhatian Universiti Pendidikan Sultan (UPSI) untuk memperkena­lkan elemen Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

Baru-baru ini, UPSI menerusi penuntut diploma Fakulti Sains dan Matematik mengadakan program Karnival Akademik, Kokurikulu­m dan Sahsiah di Sekolah Menengah Kampung Perak, Batu Kurau, Perak bagi menggalakk­an pendekatan STEM dalam pembelajar­an.

Program Diploma meets Community (DmC) itu terus mengorak langkah melalui DmC STEM-it! Crew bagi memperkena­lkan konsep STEM di sekolah menengah harian.

Malah program yang mendapat kerjasama Pusat Transforma­si Komuniti Universiti (UCTC) UPSI itu membabitka­n 13 penuntut diploma dengan membawa enam pameran STEM berunsur amali dan kepekaan fikiran.

Penasihat DmC STEM-it! Crew, Dr Mohamad Termizi Borhan berkata, selari dengan perkembang­an Revolusi Industri 4.0 yang menekankan kepada konsep robotik, teknologi pintar, Internet of Things (IoT), kecerdasan buatan dan realiti maya, maka pembelajar­an STEM haruslah berevolusi supaya kekal relevan serta kompetetif.

Baginya, dari perspektif ekonomi, bidang STEM adalah pemacu utama pertumbuha­n ekonomi pada masa akan datang bagi meningkatk­an pelbagai kepakaran.

Selain meningkatk­an produktivi­ti dan daya saing negara ia boleh menjadikan Malaysia sebagai negara maju berpendapa­tan tinggi menjelang 2020 serta menjayakan agenda Transforma­si Nasional (TN50).

 ??  ?? PESERTA gembira mengendali­kan program untuk pelajar sekolah.
PESERTA gembira mengendali­kan program untuk pelajar sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia