Harian Metro

Inovasi dapur kuih dangai

-

Pelajar PTSS hasilkan pembakar guna dapur konvension­al

dan gabungan tungku dengan api boleh diselaras

kurang sesuai.

“Dapur yang digunakan sebelum ini mempunyai tempat pembakaran yang sedikit, api perlahan dan tidak boleh dilaraskan,” katanya.

Katanya, rekaan dapur dihasilkan dengan menggunaka­n dapur gas konvension­al dengan gabungan tungku pada alat memasak itu. Sekali gus menambah bilangan tungku dapur pembakar dangai sedia ada daripada tiga kepada enam acuan.

“Selain itu, api yang dihasilkan lebih sekata, boleh dilaraskan mengikut kesesuaian pembuat kuih dangai, berbanding dapur lama tidak boleh dilaraskan dan menghasilk­an api yang perlahan,” katanya.

Selain Muhammad Aizat, empat lagi rakannya yang menjayakan projek itu ialah Muhammad Zharif Zarmini, Nuraishah Jasmin Ahmad Musfareza, Muhammad Hazeeq

Aliff Mohd Hairi dan Muhammad Azlin Ikmar Bakhtiar di bawah penyeliaan pensyarah Mohd Fadhli Ahmad.

Menurut Mohd Fadhli, rekaan itu ialah projek wajib penuntut pada semester akhir bagi membolehka­n mereka menamatkan pengajian.

Katanya, bagi tahun ini tema yang ditekankan adalah membantu golongan industri kecil sederhana dan usahawan dengan projek yang dilaksanak­an.

Sementara itu, Pengarah PTSS Abdul Malek Hassan berbangga kerana inovasi dihasilkan itu membantu industri kecil dalam usaha mengembang­kan perniagaan.

 ??  ?? KUMPULAN penuntut PTSS bergambar dengan pengusaha kuih dangai Che Elina.
KUMPULAN penuntut PTSS bergambar dengan pengusaha kuih dangai Che Elina.
 ??  ?? PERBANDING­AN dapur membuat kuih dangai, dapur lama (kiri) dan dapur hasil inovasi (kanan). CHE ELINA (kanan) membakar kuih
dangai menggunaka­n dapur baru.
PERBANDING­AN dapur membuat kuih dangai, dapur lama (kiri) dan dapur hasil inovasi (kanan). CHE ELINA (kanan) membakar kuih dangai menggunaka­n dapur baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia