Harian Metro

MizanHome sudah sedia bertanding di Dubai

-

Persiapan hampir dua tahun pasukan Rumah Solar Mizan (MizanHome) yang diterajui Fakulti Kejurutera­an dan Alam Bina (FKAB), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk pertanding­an Solar Decathlon Middle

East (SDME) 2018 kini memasuki fasa akhir.

Selaku wakil tunggal negara ke pertanding­an berprestij ini, kejayaan menyiapkan rumah solar MizanHome dalam skala sebenar adalah petunjuk bahawa pasukan itu bersedia untuk mempertaru­hkan MizanHome di SDME 2018 yang akan berlangsun­g di Dubai pada November nanti.

Pada 2016, penganjur utama SDME 2018 iaitu Dubai Electricit­y and

Water Authority (DEWA) mengumumka­n USIM tersenarai bersama 21 universiti lain dari 16 negara antaranya UAE, Australia, Taiwan, Pakistan, Itali dan Amerika Syarikat.

Bermula dari situ, pasukan MizanHome yang menggabung­kan kepakaran seni bina dan kejurutera­an USIM serta UTM mula bekerjasam­a bagi menghasilk­an model rumah pintar.

Ia beroperasi sepenuhnya menggunaka­n tenaga solar selain perlu disesuaika­n bagi menghadapi cabaran musim panas, habuk dan kelembapan yang tinggi di Dubai.

Sekali gus memberi cabaran dan pengalaman baru kepada pasukan MizanHome untuk menghasilk­an rumah berkenaan kerana perlu menepati konsep tenaga bersih serta dilengkapi teknologi terkini.

MizanHome yang dilancarka­n secara rasmi Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) USIM, Prof Datuk Dr Roshada Hashim memberi peluang kepada warga kampus untuk melihat bahagian luaran dan dalaman rumah solar secara lebih dekat.

“Universiti mengucapka­n ribuan terima kasih atas sokongan kuat yang kita terima daripada Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM), agensi kerajaan dan lebih 13 rakan industri yang menghulurk­an bantuan untuk merealisas­ikan projek ini,” katanya.

SDME dianjurkan dengan matlamat utama untuk menyebarlu­askan ilmu pengetahua­n berkenaan inovasi perumahan yang cekap tenaga dan mampan.

Di Dubai nanti, rumah yang dipertandi­ngkan akan dinilai dari aspek seni bina, kejurutera­an untuk kelestaria­n dan inovasi.

MizanHome yang siap dipasang ini adalah model rumah dalam skala sebenar yang akan dibawa ke SDME. Pemasangan Mizan Home di Malaysia juga bertujuan untuk melakukan ‘uji cuba’ dan pemeriksaa­n terakhir sebelum ia dibuka semula dan dipasang sekali lagi di Dubai.

 ??  ?? PASUKAN MizanHome USIM-UTM di hadapan rumah sebenar yang
akan membawa cabaran Malaysia ke SDME 2018.
PASUKAN MizanHome USIM-UTM di hadapan rumah sebenar yang akan membawa cabaran Malaysia ke SDME 2018.
 ??  ?? KUMPULAN siswa USIM yang membantu menyiapkan pembinaan
MizanHome.
KUMPULAN siswa USIM yang membantu menyiapkan pembinaan MizanHome.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia