Harian Metro

KEMBALI ‘IN TREND’

-

1. BAJU KOLAR TINGGI

Satu ketika dulu, pakaian ini menjadi trend dalam kalangan gadis atau jejaka pada era 1970an. Namun, siapa sangka, persalinan ala retro itu kembali mendapat perhatian sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Ia mungkin kerana adanya permintaan oleh penggemar fesyen meskipun logiknya, pakaian ini lebih sesuai dipakai ketika musim sejuk.

Namun, bagi mereka yang mahu menggayaka­n pakaian ini, ada beberapa tip untuk anda.

Salah satunya adalah mengelak memakai baju ini di tempat terbuka dan tidak menggayaka­nnya bersama jaket melainkan ketika berada di kawasan berhawa dingin.

2. KEMEJA KOLAR LEBAR

Bagi yang tidak gemar menyarung persalinan formal, kemeja kolar lebar lengan pendek adalah pilihan paling tepat untuk anda.

Bukan saja menonjolka­n ciri maskulin namun pemakaian kemeja jenis ini juga lebih selesa untuk ke acara kasual.

Bagi yang ingin meng- gayakan kemeja ini, anda boleh memadankan­nya dengan denim potongan muat padan atau seluar jenis khaki.

Selain itu, jaket kulit atau bomber juga alternatif yang boleh menyerlahk­an penampilan anda.

Perkara ini perlu diberi perhatian bagi memastikan anda kekal selesa sepanjang hari!

3.BAJU JALUR MENEGAK

Sebut mengenai pakaian jalur menegak pasti ada yang membayangk­an mengenai kemeja lengan panjang yang sering dipakai ke pejabat.

Sedangkan banyak lagi pakaian sebegitu yang boleh digayakan malah kembali menjadi trend sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Bukan saja oleh si gadis malah jejaka turut menjadikan­nya sebagai pilihan terutama ketika keluar bersantai bersama teman.

Mungkin kerana ia sesuai digayakan bersama seluar berona polos atau jaket pada bahagian luar. Bagaimanap­un, pakaian ini antara item yang perlu ada di dalam almari anda!

 ??  ?? PAKAIAN jalur sesuai dipadankan bersama seluar atau jaket polos.
PAKAIAN jalur sesuai dipadankan bersama seluar atau jaket polos.
 ??  ?? BAJU kolar tinggi kembali menjadi trend sejak kebelakang­an ini.
BAJU kolar tinggi kembali menjadi trend sejak kebelakang­an ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia