Harian Metro

Antara pelopor jubah moden

-

Berkat kesabaran dan kesungguha­n

kini 4 butik fizikal sudah dibuka

Tetapi kesukaran mula dirasai apabila kebanyakan baju tidak menepati kehendak pelanggan.

Banyak yang besar disebabkan diambil daripada pembekal di Timur Tengah.

“Ketika itu sangat sukar mendapat baju Muslimah sesuai. Kalau ada kebanyakan fabriknya jarang dan mahal. Pelajar memang tidak mampu. Oleh itu, saya bertekad menyediaka­n pakaian Muslimah rekaan sendiri pada harga berpatutan dan pada masa yang sama mendidik wanita agar berpakaian mengikut syariat Islam,” katanya.

Mengenali pengasas jenama Radiusite, Farah Ilyana meminta bantuannya agar memberi tunjuk ajar untuk memulakan perniagaan. Ketika itu jenama berkenaan sudah mula dikenali ramai.

“Saya hairan melihat mereka menjalanka­n perniagaan tanpa perlu keluar rumah, tetapi hasil jualan sangat tinggi. Menerusi tunjuk ajar diberi saya menggunaka­n sepenuhnya sehinggala­h saya dan adik yakin untuk serius berniaga,” katanya yang menukar nama kepada Calaqisya pada 2013 serentak dengan pembukaan butik pertama di Shah Alam.

Bagi menjimatka­n kos pengubahsu­aian butik, mereka melakukan sendiri dengan menggunaka­n barangan terpakai. Bermula di tingkat tiga kemudian beralih ke tingkat dua seterusnya memiliki kedai di bahagian bawah.

“Ini bagi memberikan keselesaan kepada pelanggan yang terpaksa menaiki tangga ke tingkat atas untuk mendapatka­n busana kami. Sekurang-kurangnya berada di tingkat bawah adalah lebih selesa,” katanya.

Menurut Farah Ilyana, rahsia kejayaan jenama mereka ialah sentiasa menjadi pencetus fesyen dalam setiap rekaan terbaru. Jubah misalnya lari daripada jubah klasik sebenar dengan mengetenga­hkan jubah moden dan ringkas.

“Kami antara yang terawal menghasilk­an jubah moden. Sebelum ini jubah hanya sinonim dengan warna hitam dan berkonsep abaya. Tetapi kami lari sedikit daripada konsep ini dengan mengeluark­an koleksi jubah moden pelbagai gaya dan warna.

“Kami juga memulakan pakaian kasual Muslimah. Konsep kami mudah. Kami hanya bayangkan baju yang senang dipakai setiap hari, kemudian reka sendiri dan jadikan ia kenyataan.

“Jenama kami sememangny­a memfokuska­n kepada jenis pakaian harian sama seperti H&M atau Uniqlo. Harga kami juga jauh lebih murah dan berpatutan,” kata Farah Ilyana.

Menurut Farah Mislina pula, bukanlah mudah untuk berada pada tahap sekarang. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu ditempuh. Walaupun langsung tiada ilmu berniaga, tetapi dia dan kakaknya tetap bersemanga­t dalam membangunk­an jenama ini sehingga dikenali di Malaysia.

Berkat kesabaran dan juga kesungguha­n kini empat butik fizikal sudah dibuka.

“Kami kini mempunyai empat butik di lokasi berbeza dengan 30 pekerja. Jadi kami perlu lakukan dengan bersungguh-sungguh dalam memastikan jenama ini dikenali di seluruh Malaysia sebagai pakaian kasual moden setanding jenama antarabang­sa,” katanya bersemanga­t.

Katanya lagi, untuk kekal dalam industri selain kesungguha­n dan ilmu, mereka mempunyai mempunyai minat mendalam terhadap fesyen. Ia didorong cara bagaimana mereka dibesarkan.

“Sejak kecil, ibu memang suka hiaskan anaknya. Ibu akan pakaikan baju yang cantik, berstoking, cekak dan aksesori. Sebenarnya sejak kecil lagi orang sudah boleh nampak yang kami ini memang suka berfesyen dan ia diteruskan sehingga melanjutka­n pengajian ke universiti. Ini juga menjadi salah satu sebab kenapa kami mampu kekal dalam industri,” kata Farah Mislina.

Memiliki perwatakan berbeza dari segi pakaian dan minat, Farah Ilyana kelihatan lembut dan feminin manakala Farah Mislina lebih lasak.

Namun, dalam perniagaan kebiasaann­ya mereka jarang bercanggah pendapat.

“Bertengkar manja itu perkara biasa namun pada akhirnya kami sependapat dalam pelbagai isu. Ini mungkin disebabkan kami dibesarkan di rumah yang sama jadi pemikiran dan tindak tanduk tidak berbeza,” katanya.

Mereka menjadikan ayah sebagai penasihat sejak mula penubuhan jenama

Mula mengorak langkah untuk mengembang­kan perniagaan dalam pusat belibelah ini antara persediaan mereka pada tahun hadapan. Bermula membuka kedai pop-up di Mytown Cheras, ia menampakka­n hasil positif apabila turut menarik ramai pelanggan baru termasuk bukan Islam.

Namun sebagai usahawan Bumiputera untuk berada setanding dengan jenama antarabang­sa bukanlah mudah. Masih banyak pihak yang tidak tahu mengenai jenama ini jadi mereka keberatan untuk memberikan ruang berniaga yang besar.

“Kami perlu membuktika­n terlebih dulu kejayaan kedai ini kepada pihak pengurusan kerana mereka sendiri tidak tahu jenama kami. Sebaik saja melihat betapa fanatiknya peminat kami setiap kali rekaan baru dikeluarka­n, barulah mereka mulai percaya dan yakin terhadap kami,” katanya.

Perubahan lokasi daripada butik fizikal ke dalam pusat beli-belah pula selepas mengambil kira trend membeli-belah yang kini bertukar kepada pusat beli-belah yang lengkap semuanya. Ditambah pula cuaca yang tidak menentu ia memudahkan pelanggan membeli busana kegemaran di bawah satu bumbung.

Selain itu, mereka juga mahu ingin dikenali sebagai pengeluar pakaian tidak perlu digosok dan menjanjika­n keselesaan optimum. Jika jenama antarabang­sa seperti Zara dan H&M diminati kerana konsep masing-masing, tidak mustahil jenama kami bakal mengorak langkah yang sama.

“Walaupun kami turut menentukan mengenai rekaan tetapi setiap padanan adalah idea pereka kami yang disesuaika­n mengikut keadaan di Malaysia. Kami juga banyak merujuk majalah antarabang­sa bagi mendapatka­n gaya terkini wanita,” jelas Farah Ilyana.

 ??  ?? FARAH MISLINA (kiri) bersama Farah Ilyana
dua tunjang utama dalam perniagaan.
FARAH MISLINA (kiri) bersama Farah Ilyana dua tunjang utama dalam perniagaan.
 ??  ?? FARAH ILYANA kreatif dalam rekaan busana.
FARAH ILYANA kreatif dalam rekaan busana.
 ??  ?? FARAH MISLINA lasak dan bijak bergaya.
FARAH MISLINA lasak dan bijak bergaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia