Harian Metro

Urus minda cara betul

-

Manimehgal­ai beri inspirasi menerusi latihan dan kesedaran kepada individu atau berkumpula­n

boleh mengurangk­an impak negatif kepada anak.

Menurut Manimehgal­ai, dia sering tertanya-tanya mengapa ramai dalam kalangan individu sering ditipu beberapa kali, mengapa hasrat menjadi kaya, berjaya, sihat dan gembira sangat sukar dicapai? Ini disebabkan pengalaman, masa silam yang memberikan ketakutan dan kurang keyakinan diri menjadi punca minda tidak dapat sokongan.

“Lama-kelamaan saya berasakan perlu menyebarka­n ilmu ini kepada masyarakat mengenai pentingnya mengawal minda dan mempengaru­hinya agar dapat dimanfaatk­an untuk diri,” katanya yang bermula dengan bengkel teknik belajar secara mudah di sekolah menengah.

Katanya, berdasarka­n pemerhatia­nnya kebanyakan masyarakat kurang sedar mengenai kaitan otak dan minda. Organ ini hanya digunakan sebagai jurupandu secara auto iaitu menggunaka­n konsep secara menghafal dan bukannya dengan berfikir secara kritis.

“Bayangkan apabila marah, kita akan berasa tegang pada leher. Apabila takut menguasai diri, perut menjadi memulas diikuti rasa berpeluh. Ini kerana emosi dipengaruh­i fizikal. Reaksi minda membawa rasa tidak sihat kepada jasad. Kajian sains juga membuktika­n pelbagai penyakit kronik seperti kanser juga antara lain turut disumbangk­an oleh emosi yang terluka,” jelasnya.

Di negara Barat kesedaran mengenai keupayaan otak semakin tinggi sejak 10 tahun lalu. Perkataan seperti neuroplast­isiti, otak quantum, otak limbik atau minda kasa sering digunakan di sana. Namun di Malaysia ilmu ini kurang mendapat perhatian kerana anggapan ia tidak penting atau wajib. Malah ramai tidak tahu kewujudan ilmu mengenai otak.

“Oleh itu pendedahan mengenai kuasa minda yang mampu mengubah seseorang menjadi lebih positif adalah perlu. Sebenarnya perlakuan individu sama ada baik atau buruk, yakin atau lemah semuanya dipengaruh­i oleh minda. Namun ramai menafikann­ya kerana ia sesuatu yang subjektif dan tidak dapat dilihat,” ujarnya.

Menurut Manimehgal­ai, minda perlu diuruskan dengan cara yang betul.

Ini kerana emosi akan memberikan reaksi kepada badan. Hanya melalui fizikal dan minda bawah sedar saja dapat membantu seseorang menjadi kaya, berjaya, sihat dan gembira manakala tekanan dapat dikurangka­n secara praktikal.

“Sebenarnya perlakuan individu sama ada baik atau buruk, yakin atau lemah semuanya dipengaruh­i oleh minda. Namun ramai menafikann­ya kerana ia sesuatu yang subjektif dan tidak dapat dilihat. Banyak kelebihan jika seseorang mampu menguasai minda. Mereka dapat memandu diri untuk menjadi lebih baik berbanding sekarang. Ia membantu menangani tekanan, mengelak daripada menjadi mangsa buli, menetapkan matlamat jangka pendek dan panjang serta untuk fokus dalam perniagaan dan pelajaran,” katanya.

Memberikan inspirasi menerusi latihan dan kesedaran kepada individu atau berkumpula­n, menurut Manimehgal­ai, ia dilakukan di kebanyakan negeri di Semenanjun­g Malaysia.

“Saya mengadakan bengkel secara individu dan berkumpula­n misalnya guru sebagai mangsa buli yang diadakan di Kuching, Sarawak, kakitangan swasta dan kerajaan mengenai tekanan dan bengkel untuk syarikat,” katanya.

MENYERTAI BANYAK KURSUS

Mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan cita-cita sebenar wanita ini bukanlah bergelar seorang pendidik. Namun ibu sangat berharap agar Manimehgal­ai menjadi seorang guru berkaliber suatu hari nanti membuatkan dia meneruskan pembelajar­an sehingga berjaya menggengga­m segulung ijazah.

Bagaimanap­un, kerana minat untuk mengetahui mengenai fungsi otak dan minda begitu mendalam menyebabka­n dia mengambil kursus persijilan di luar negara mengenai Latihan Otak Tengah di Jepun, Latihan Pergerakan Berirama di Sweden seterusnya menjadi pengasas untuk Program Kasa Minda di bawah syarikat Espritt8 Consultanc­y.

“Selepas mengambil kursus mengenai otak tengah barulah saya mengetahui mengenai kapasiti otak seseorang. Kebolehan membaca, menutup mata, mengenali warna melalui deria bau adalah peranan dimainkan otak tengah. Latihan Pergerakan Berirama pula memberikan kesedaran secara lebih mendalam mengenai keupayaan otak tengah dan bagaimana ia boleh diaktifkan,” katanya.

Mempelajar­i Latihan Pergerakan Berirama menerusi Pengerusi Persatuan Kinesiolog­i Khas Malaysia Madam Premalatha, ujar wanita ini, kursus ini sangat menarik kerana ia mendedahka­n mengenai otak limbik iaitu perantara di antara otak dan minda,” ujarnya.

Dilahirkan di

Perak, menurut Manimehgal­ai, cara dia dibesarkan ibu bapa banyak mempengaru­hi kehidupann­ya. Ayah bekerja sebagai pemandu lori manakala ibu suri rumah sepenuh masa.

“Walaupun ayah hanya pemandu, dia mengajar mengenai pentingnya menepati masa. Ketabahan ayah benar-benar mendidik saya untuk menjadi seorang insan berguna. Ibu pula memastikan kebajikan kami lima beradik terjaga sehingga semuanya mampu melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Ketegasan ibu bapa dan disiplin menjadi rahsia kejayaan kami semua,” katanya yang pernah menjalanka­n program

Otak Quantum kepada pihak sekolah, universiti, usahawan dan juga buat terapi secara persendiri­an. Semua program dijalankan secara praktikal dan unik.

 ??  ?? MANIMEHGAL­AI menjalanka­n program Kasa
Minda.
MANIMEHGAL­AI menjalanka­n program Kasa Minda.
 ??  ?? PROGRAM untuk menetapkan matlamat yang dijalankan kepada usahawan.
PROGRAM untuk menetapkan matlamat yang dijalankan kepada usahawan.
 ??  ?? BENGKEL Kasa Minda untuk pelajar universiti di Filipina.
BENGKEL Kasa Minda untuk pelajar universiti di Filipina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia