Harian Metro

‘Ini pun rezeki juga...’

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Qiela tak kisah jadi model iklan komersial

Walaupun sekadar bergelar finalis pertanding­an

Suara Juara 2018 anjuran Dr Irma Entertainm­ent, Qiela bersyukur kerana diserap masuk sebagai artis rakaman syarikat berkenaan.

Jika dilihat perjalanan karier rakan seperjuang­an lain, Qiela antara peserta yang pantas memacu kerjaya seni apabila dijadikan wajah produk kecantikan dan tudung jenama The Leroy.

Qiela berkata, dia melihat situasi itu sebagai rezeki dan pembuka jalan untuk cuba menjadi model iklan komersial sementara menunggu bidang nyanyian bercambah seperti diimpikann­ya.

“Saya anggap itu sebagai rezeki. Walaupun saya bermula dengan pertanding­an nyanyian kemudian ditawarkan menjadi duta produk kecantikan dan tudung, ia sebenarnya membantu kerjaya seni.

“Mungkin selepas ini lebih banyak tawaran untuk menjadi model iklan komersial pula. Saya tidak kisah pun kalau mencuba bidang lain walaupun impian menjadi penyanyi,” katanya.

Qiela turut menyimpan hasrat mengambil kelas vokal dengan Ernie Zakri.

Dia kagum dengan kredibilit­i Ernie sebagai penghibur, malah menjadikan penyanyi lagu Jangan Marah itu sebagai idolanya.

Selain nyanyian, Qiela tidak menolak jika ada ruang untuk terjun ke bidang lakonan.

Katanya, dia ingin mencuba pelbagai cabang seni bagi menimba ilmu dan pengalaman.

“Kalau rezeki lebih kepada lakonan, apa salahnya saya cuba. Jika lebih dikenali sebagai pelakon sekali pun, saya tidak kisah. Ada ramai lagi penyanyi yang lebih cemerlang dalam lakonan.

“Kita lihat saja Ayda Jebat. Dulu nyanyian kurang menjadi, tetapi selepas namanya naik dalam bidang lakonan dia kembali semula bergiat aktif sebagai penyanyi. Kini, kedua-duanya bergerak seiring dan cemerlang. Kalau boleh, saya juga mahu seperti itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia