Harian Metro

TAK LETAK HARGA UNTUK TAZKIRAH

-

pergerakan­nya termasuk sukar untuk menyebut huruf R, L dan S dalam pertuturan­nya.

“Syukur saya sudah 95 peratus pulih, tetapi masih perlu bergantung kepada ubat-ubatan. Untuk pulih sepenuhnya memang susah kerana pasti meninggalk­an kesan kekal. Saya kini sentiasa berurut dan melakukan senaman untuk menjaga kesihatan. Paling penting pemakanan perlu dijaga betul-betul,” katanya.

Dalam pada itu, Mel akan tampil dengan single terbaru berjudul Bilal Bin Rabah iaitu kisah seorang pemuda pada zaman Rasulullah SAW yang berjuang mempertaha­nkan akidahnya.

“Komposer lagu ini ialah Jaybon dan Shanazron, manakala lirik ciptaan Mohd Khair Mohd Yassin bersama Jaybon.

“Saya pilih merakamkan lagu ini kerana ada fadilat apabila kita menyebut nama Bilal

Mel jual CD single Bilal Bin Rabah menerusi sesi ceramah dihadiriny­a

Bin Rabah seperti yang dijelaskan dalam alQuran.

“Saya memang suka menghasilk­an lagu sebegini sekarang kerana mahu mendidik masyarakat untuk mengingati Allah dan mengikuti suruhan-Nya,” katanya.

Menurut Mel, CD single ini akan dijual secara terus kepada peminat menerusi sesi ceramah yang dihadiriny­a.

“Saya sudah biasa dengan cara ini dan penjualann­ya amat memberangs­angkan.

Jika kena cara, saya boleh jual banyak dalam masa sehari. Apapun semuanya bergantung kepada kerajinan sendiri.

“Kerjaya nyanyian saya boleh dikatakan seiring dengan undangan berkongsi ilmu dengan masyarakat sehingga kadangkala saya terpaksa tolak tawaran yang datang kerana perlu jaga kesihatan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Dalam berceramah, saya perlu ada keyakinan kepada Allah dan syukurlah apa yang dilakukan direstui-Nya kerana saya tak pernah duduk diam apabila sering ditawarkan berceramah di sana sini
Dalam berceramah, saya perlu ada keyakinan kepada Allah dan syukurlah apa yang dilakukan direstui-Nya kerana saya tak pernah duduk diam apabila sering ditawarkan berceramah di sana sini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia