Harian Metro

Temu bual tanpa Jimin

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Kumpulan popular Korea Selatan, BTS berjaya mencetuska­n fenomena luar biasa di seluruh dunia.

Bahkan, populariti luar biasa mereka mencuri perhatian pengacara program bual bicara terkenal Ellen DeGeneres dan James Corden.

Baru-baru ini, BTS dijemput ke program bual bicara popular The Graham Norton Show.

Bagaimanap­un, kali ini anggota BTS, Jimin tidak dapat turut serta berikutan ada masalah kesihatan.

Syarikat pengurusan BTS, Big Hit Entertainm­ent menerusi satu kenyataan memberitah­u Jimin sakit otot teruk di bahagian leher dan belakang badan pada pagi rakaman program itu.

“Dia sudah mendapatka­n rawatan sewajarnya. Jimin berusaha sedaya upaya untuk menghadiri program itu malah dia sudah berada di studio.

“Keputusan Jinmin tidak menyertai rakaman itu dilakukan selepas melihat keadaannya yang semakin teruk,” katanya.

Pengurusan itu turut meminta maaf kepada peminat yang tidak sabar menyaksika­n kemunculan BTS dalam The Graham Norton

Show.

Selasa lalu, kumpulan yang turut dianggotai

Jin, Suga, J-Hope,

RM, V dan Jungkook itu mengadakan persembaha­n di London selama dua hari.

Perkembang­an lain, filem mengisahka­n perjalanan karier bintang K-Pop itu, BTS: Burn the Stage akan menemui penonton 15 November ini.

Filem arahan Park Jun Soo akan memaparkan konsert jelajah The Wings Tour 2017 yang berjaya menjual 550,000 tiket daripada 40 konsert.

Turut dikongsi dalam filem itu detik di belakang tabir konsert serta temu bual bersama anggota BTS.

Alami sakit otot teruk di leher dan belakang badan pada pagi rakaman program

The Graham Norton

Show

 ??  ?? JIMIN berusaha sedaya upaya untuk menghadiri program itu malah dia sudah
berada di studio.
JIMIN berusaha sedaya upaya untuk menghadiri program itu malah dia sudah berada di studio.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia