Harian Metro

Aura Dr Mahathir

- Nur Lela Zulkipli cnews@nstp.com.my

„ Kehadiran PM penyumbang utama kemenangan Anwar

Sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim antara faktor utama menyumbang kemenangan Ketua Umum PKR itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, kelmarin.

Penganalis­is politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, kempen bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri ke-8 juga berjaya menaikkan keyakinan pengundi.

“Apabila Dr Mahathir datang (Port Dickson) dan bantu Anwar berkempen, itu benda besar yang berlaku dalam mana-mana PRK kerana Perdana Menteri sangat jarang turun kempen semasa PRK.

“Jadi, Anwar perlu berterima kasih kepada Dr Mahathir atas sokongan yang diberikan berjaya memberi kesan besar untuk menarik pengundi.

“Selain itu, pengundi bertambah yakin untuk mengundi PKR selepas Anwar beberapa kali dikatakan akan menjadi Perdana Menteri Ke-8,” katanya , di sini, semalam.

Menurutnya, kemenangan besar Anwar membuktika­n tiada pencabar yang kuat selepas Barisan Nasional (BN) menarik diri dari bertanding dalam PRK berkenaan. “Tidak dinafikan pengundura­n BN menyebabka­n peratusan keluar mengundi rendah, namun Anwar masih berupaya menang besar,” katanya. Mohd Azizuddin bagaimanap­un sudah membayangk­an nasib pesaing Anwar akan kehilangan wang deposit mereka kecuali Tan Sri Isa Samad.

“Sejak awal lagi saya tidak faham kenapa terlalu ramai yang ingin bertanding dalam PRK Port Dickson.

“Sedangkan untuk mencabar Anwar, kita hanya perlukan seorang calon yang betul-betul berkaliber. Jadi, apabila ada tujuh calon yang bertanding, undi yang tidak memihak kepada Anwar sudah berpecah,” katanya.

Semalam, Anwar memenangi PRK Port Dickson dengan majoriti 23,560 undi mengalahka­n enam lagi calon termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dan pembantu peribadi beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, pencabar terdekat Anwar memperoleh 7,456 undi. Presiden PAS, Datuk

Seri Abdul Hadi Awam menyifatka­n peratusan keluar mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson yang rendah adalah petanda undi protes terhadap kerajaan Pakatan Harapan kerana gagal melaksanak­an manifesto dijanjikan.

Menurutnya, ia juga menunjukka­n rakyat khususnya di Port Dickson memboikot politik berkepenti­ngan diri.

“(Begitupun) PAS menghormat­i keputusan rakyat dalam PRK Port Dickson yang terpaksa diadakan demi kepentinga­n politik seseorang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada PRK kelmarin menyaksika­n peratus pengundian adalah

58.25 peratus berbanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 85.05 peratus.

Biarpun menurun, peratusan keluar mengundi itu mengatasi tiga PRK sebelum ini iaitu PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis yang mencatatka­n 49.9 peratus manakala Balakong (43 peratus) dan Seri Setia (44 peratus).

 ??  ?? ANWAR bersama penyokong selepas diisytihar sebagai pemenang dalam PRK Port Dickson, malam kelmarin.
ANWAR bersama penyokong selepas diisytihar sebagai pemenang dalam PRK Port Dickson, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia