Harian Metro

Gelaran Datuk bukan pengukur

-

Melaka: “Tanpa atau dengan gelaran Datuk saya akan terus bekerja dengan sebaiknya untuk rakyat, ia bukan penentu dalam melakukan sesuatu,” demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN-DAP) Bandar Hilir, Datuk Tey Kok Kiew, mengenai penerimaan pingat kebesaran diterima beliau sempena sambutan Hari Jadi ke-80 Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Melaka, berkata, beliau tiada alasan peribadi menerima darjah itu sebalik menghormat­i keputusan Tun Khalil.

“Pertama saya mengucap ribuan terima kasih kepada Tun Khalil atas penganuger­ahan ini dan ia adalah penghargaa­n cukup besar buat diri ini.

“Saya setuju kita bekerja bukan untuk mengejar sebarang pingat tetapi saya menghormat­i keputusan Tun Khalil,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Tambah Kok Kiew, gelaran yang dikurniaka­n Tun Khalil adalah penghargaa­n atas kerja dan jasa yang dilakukann­ya kepada negeri dalam berkhidmat untuk rakyat.

“Saya belum menerima apa-apa lagi daripada parti namun akan mengikuti apa sahaja arahan serta teguran daripada pemimpin,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat teguran secara terbuka kepada beberapa pemimpin parti itu yang menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran daripada Melaka serta Sabah baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, tindakan pemimpin berkenaan tidak mencermink­an semangat perjuangan sebenar parti itu, sekali gus memberikan persepsi lain kepada rakyat kerana parti itu tidak sampai setahun menjadi kerajaan.

 ??  ?? TEY
TEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia