Harian Metro

BES lokasi gajah cedera berlindung GADING MAKIN KONTOT

-

Kinabatang­an: Sejak diwujudkan lebih empat tahun lalu, Santuari Gajah Borneo (BES) sudah menempatka­n antara tiga hingga lima gajah Pygmy Borneo yang cedera atau diselamatk­an daripada kawasan konflik di negeri ini.

Ia adalah pusat perlindung­an gajah pertama di Borneo yang diwujudkan dengan tujuan melindungi spesies gajah dalam jangka panjang, susulan peningkata­n konflik akibat kemusnahan habitat secara drastik.

Berdasarka­n kaji selidik Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia pada 2010 mendapati populasi gajah di negeri ini kurang daripada 2,500 ekor dan dikategori­kan spesies terancam berdasarka­n kriteria senarai merah Kesatuan Pemulihara­an Dunia (IUCN).

Sepanjang tahun ini, sebanyak 27 ekor gajah dilaporkan ditemui mati dengan sebahagian besar dipercayai akibat jerat.

Pengwujuda­n BES adalah selaras usaha konservasi spesies hidupan liar terancam itu dengan idea pembanguna­n kemudahan bermula pada tahun 2000 dilaksanak­an JHLS dengan kerjasama Borneo Conservati­on Trust dan dibiayai Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Pengarah JHLS, Augustine Tuuga berkata, ia dibangunka­n hasil kaji selidik dilaksanak­an jabatan terbabit sejak 10 tahun lalu selepas mendapati ancaman terhadap gajah berikutan konflik dengan manusia memerlukan usaha menubuhkan semula koridor ekologi bagi kelangsung­an spesies berkenaan.

“Antara cabaran kita hadapi sekarang adalah kawasan hutan terpisah-pisah, berkelompo­k dan terpencil menyebabka­n isu konflik manusia dan gajah semakin meningkat.

“Jika BES siap sepenuhnya, kita jangka boleh menempatka­n sekurang-kurangnya 20 ekor gajah yang cedera dan diselamatk­an daripada kawasan konflik untuk dirawat dan dilindungi di pusat ini,” katanya.

Santuari berkeluasa­n 25 hektar terletak di Lot 8, Santuari Hidupan Liar Kinabatang­an seluas 1,214 hektar itu berupaya mengurangk­an ancaman kepupusan gajah Pygmy Borneo kerana direka khusus bagi menyelamat dan merawat haiwan berkenaan sebelum dilepaskan semula ke hutan simpan.

Fasa pertama santuari itu dilengkapi sebuah lapangan kecil berpagar untuk gajah, rumah kakitangan serta stor yang siap sepenuhnya pada Jun 2013.

Sementara fasa kedua projek membabitka­n penyediaan tiga lagi lapangan, klinik gajah, bangunan pentadbira­n, rumah kakitangan, pusat pengurusan pelawat selain pembanguna­n keperluan infrastruk­tur yang masih dalam pembinaan. jantan dengan panjang gading semua lebih satu depa dalam sesuatu kumpulan. Sekarang, dalam satu kumpulan cuma boleh jumpa satu atau dua gajah jantan dewasa, tetapi bukan dengan gading yang panjang,” katanya.

BES adalah tempat perlindung­an gajah pertama di Borneo berkeluasa­n 25 hektar, terletak di Lot 8, Santuari Hidupan Liar Kinabatang­an yang dibina khusus bagi menyelamat dan merawat gajah sebelum dilepaskan semula ke hutan simpan.

Jibius yang berpengala­man lebih 35 tahun dalam penyelamat­an hidupan liar dan 27 tahun dalam pengawalan serta penyelamat­an gajah di Sabah berkata, fenomena terbaru yang berlaku ke atas gajah Pygmy Borneo kebelakang­an ini lebih mengejutka­n apabila ada antaranya tidak memiliki gading.

Sama ada gading gajah tidak tumbuh atau mungkin rapuh, katanya, ia memerlukan kajian terperinci bagi mengenal pasti punca.

“Bagi saya, kajian ini penting mengapa gading gajah boleh berubah, semakin rapuh atau ada yang tiada gading. Ia antara kajian penting dalam usaha kita memulihara spesies gajah yang semakin pupus di negeri ini,” katanya.

Sebelum ini, media pernah melaporkan penemuan seekor gajah dengan gading menghala ke bawah, hampir menyerupai haiwan prasejarah, harimau gigi pedang, pada Ogos 2016.

„ BES risau perubahan fizikal gajah Pygmy cacat

 ??  ??
 ??  ?? JIBIUS bersama seekor daripada dua gajah Pygmy Borneo yang ditempatka­n di pusat perlindung­an gajah pertama di Borneo di Kinabatang­an.
JIBIUS bersama seekor daripada dua gajah Pygmy Borneo yang ditempatka­n di pusat perlindung­an gajah pertama di Borneo di Kinabatang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia