Harian Metro

Satu dalam lima murung

- Hidir Reduan Abdul Rashid dan Ahmad Suhael Adnan cnews@nstp.com.my

„ Kajian mendapati 10% daripada 5.5 juta anak muda cenderung ingin bunuh diri

Kajian Kesihatan Mental Kebangsaan 2017 menunjukka­n sekurang-kurangnya satu daripada 10 anak muda atau 10 peratus daripada 5.5 juta remaja di negara ini pernah terfikir untuk membunuh diri.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kajian sama turut menunjukka­n satu daripada lima anak muda mengalami kemurungan, manakala satu daripada 10 remaja berhadapan masalah tekanan perasaan.

Katanya, statistik berkenaan membuktika­n isu kesihatan mental di Malaysia, khususnya dalam kalangan anak muda amat serius dan perlu ditangani secara berkesan oleh semua pihak.

Bagaimanap­un, katanya, isu kesihatan mental kurang mendapat perhatian di negara ini kerana ia menjadi tabu dalam kalangan masyarakat, menyebabka­n mereka yang berhadapan masalah mental tidak mendapat rawatan.

“Isu kesihatan mental ini biasanya begitu mudah diketepika­n serta dipandang remeh, sama seperti isu buli, dan luahan masalah oleh mereka yang mengalamin­ya biasanya diabaikan.

“Jika berterusan diabaikan, mereka akan terus tertekan dan apabila sudah terlewat, baru kita sedar kegagalan membantu di peringkat awal telah membawa pada keadaan yang tidak kita inginkan.

“Dalam isu ini, semua pihak ada peranan, khususnya ibu bapa perlu cakna masalah anak-anak dan jangan takut untuk hubungi psikiatri atau lihat isu ini sebagai tabu.

“Jika anak yang berhadapan masalah mental takut untuk berkongsi penderitaa­n mereka pada ibu bapa, sudah pasti lebih sukar untuk mereka berkongsi dengan rakan atau pihak lain,” katanya ketika berucap merasmikan program Young Minds, Take Charge di sini, semalam.

Turut hadir, Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Prof Datuk Dr Abu Bakar Abdul Majeed.

Syed Saddiq turut berkongsi pengalaman apabila rakan baiknya yang juga seorang pelajar cemerlang, namun tidak terkecuali daripada berdepan masalah tekanan dan pernah terfikir untuk membunuh diri.

“Pada peringkat awal, kami tak sedar pun dia murung, apabila jumpa senyum serta ketawa seperti biasa, dan pandangan berkaitan dengan masalahnya pula kami anggap perkara biasa.

“Kementeria­n dan semua pihak perlu memandang serius perkara ini dan ada peranan yang perlu dimainkan kerana cara kita menguruska­n isu kesihatan mental bagi golongan muda, menentukan keadaan masa depan negara,” katanya.

 ?? Syed Saddiq
Syed Abdul Rahman ?? Ibu bapa perlu cakna masalah anak-anak dan jangan takut untuk hubungi psikiatri atau lihat isu ini sebagai tabu”
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Ibu bapa perlu cakna masalah anak-anak dan jangan takut untuk hubungi psikiatri atau lihat isu ini sebagai tabu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia