Harian Metro

Martabak opor tambat selera ramai

-

Pekan: Martabak opor yang mula diperkenal­kan Ramadan lalu oleh pemilik Restoran Ismaliza, di sini, semakin popular dan menjadi kegilaan dalam kalangan masyarakat tempatan dan pelancong.

Keenakan opor yang dijadikan bahan utama bagi menghasilk­an martabak ini dianggap kelainan dan memberi citarasa berbeza. Ini ditegaskan Jamilah Abd Rahman, 57, antara individu pertama memperkena­lkan martabak opor di daerah ini selepas terbabit dengan perniagaan makanan berkenaan sejak 1981.

Menurutnya, setiap hari dia mampu menjual 100 hingga 120 martabak opor pada harga RM12 hingga RM20 bergantung kepada saiz.

“Martabak opor dihasilkan menggunaka­n enam bahan utama iaitu daun bawang, telur, daun sup, tomato, lada besar dan pes opor resipi sendiri yang dicampur dan dimasak selama 15 minit.

“Pelanggan boleh memilih sama ada mahukan daging atau ayam yang menjadi bahan utama menghasilk­an martabak opor ini,” katanya.

Dia yang menjalanka­n perniagaan di bangunan Lembaga Kemajuan Negeri Pahang (LKNP), di sini berkata, selain martabak opor, dia turut menghasilk­an roti canai, lempeng kampung dan pelbagai makanan sarapan pagi.

Jamilah menambah, minat dalam bidang perniagaan makanan yang diwarisi daripada arwah suami mendorong dia terbabit menghasilk­an martabak opor selain martabak biasa yang kini sentiasa mendapat permintaan menggalakk­an.

Dia yang turut memiliki kemahiran menebar roti canai berkata, bahan campuran yang digunakan menjadi faktor utama martabak opor dianggap istimewa seterusnya mendapat permintaan menggalakk­an daripada semua lapisan masyarakat.

“Kedudukan daerah ini yang menjadi laluan pelancong tempatan dan Singapura menambahka­n lagi permintaan terhadap martabak opor selain martabak biasa,” katanya yang berasal dari Kampung Ketapang Hilir, di sini.

Jamilah berkata, bagi memenuhi permintaan pengguna dia juga menerima tempahan menyediaka­n martabak opor pada pelbagai program di daerah ini termasuk di lokasi tempat lain.

“Impian saya pada masa akan datang adalah meletakkan martabak opor sebagai antara produk utama di daerah ini, pelancong yang datang ke daerah ini akan singgah ke kedai saya untuk menikmati makanan terbabit,” katanya yang mempunyai 16 cucu.

 ??  ?? JAMILAH menyediaka­n hidangan martabak opor di premisnya.
JAMILAH menyediaka­n hidangan martabak opor di premisnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia