Harian Metro

Warga Bangladesh cedera dihempap siling hotel runtuh

-

Kuala Lumpur: Seorang pekerja warga Bangladesh cedera pada bahagian kepala selepas terjatuh dari siling di ruang lobi sebuah hotel lima bintang di Jalan Stesen Sentral, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi semalam, mangsa dikatakan sedang melakukan kerja membaik pulih pendawaian elektrik di bahagian atas siling berkenaan sebelum terjatuh dari ketinggian kira-kira 12 meter.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, tiada runtuhan besar pada struktur hotel berkenaan dan kejadian hanya membabitka­n siling di ruang lobi akibat gagal menampung berat mangsa.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada jam 3.40 pagi memaklumka­n kejadian siling hotel runtuh sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, BBP Hang Tuah dan Seputeh bergegas ke lokasi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati benar berlaku runtuhan siling plaster di bahagian lobi hotel dekat ruangan tamu. Runtuhan berlaku akibat daripada kerja membaik pulih pendawaian elektrik,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mangsa seorang lelaki warga Bangladesh jatuh dari siling dengan ketinggian kira-kira 12 meter dan mengalami kecederaan pada bahagian kepala, diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Univerisit­i Malaya (PPUM).

“Anggota operasi kemudianny­a membuat kerja pemeriksaa­n bersama pihak pengurusan hotel untuk memastikan keadaan selamat. Mangsa seorang sahaja dan dalam keadaan stabil,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN runtuhan di lokasi kejadian.
KEADAAN runtuhan di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia