Harian Metro

‘Amukan’ kastam

- Mohd Firdaus Ibrahim dan Kalidevi Mogan Kumarappa cnews@nstp.com.my

„ 355 individu terbabit kegiatan jual arak, rokok seludup ditahan

Seramai 355 individu yang terbabit dalam kegiatan penjualan arak dan rokok seludup ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara membabitka­n rampasan bernilai RM14.1 juta.

‘Amukan’ Bahagian Penguatkua­saan JKDM di seluruh negara yang turut dibantu Pasukan Taktikal Bersenjata Kastam (COBRA) itu susulan kes kematian 37 individu kerana meminum arak beracun yang dilaporkan berlaku baru-baru ini.

Operasi dinamakan Op Gempur 2018 bermula 24 September dan berakhir semalam itu disifatkan JKDM sebagai paling berjaya setakat ini rentetan jumlah rampasan dan penahanan orang yang disyaki dalam kegiatan berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan dan Pematuhan) Datuk Seri Zulkifli Yahya berkata, Op Gempur yang dilaksanak­an dalam tempoh 20 hari itu berjaya menyelamat­kan cukai negara sebanyak RM10.1 juta.

“Jumlah rampasan arak tidak bercukai dan rokok seludup di seluruh negara adalah lebih RM4 juta. Jumlah cukai berjaya diselamatk­an adalah RM10.1 juta. Jika dicampurka­n kedua-duanya, jumlahnya adalah RM14.16 juta.

“JKDM menyifatka­n operasi ini sebagai paling berjaya kerana biarpun menggerakk­an seluruh pasukan bahagian penguatkua­saan di semua zon, kos melaksanak­an operasi ini masih rendah,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurut Zulkifli, seramai 355 individu yang disyaki terbabit dalam penjualan arak tanpa cukai dan rokok seludup berusia antara 20-an hingga 60-an ditahan sepanjang tempoh berkenaan.

“Dua pemilik kilang yang memproses arak iaitu di Cheras dan Klang juga berjaya diberkas. Untuk rekod, 198 kompaun dikeluarka­n JKDM membabitka­n nilai sebanyak RM578,175,” katanya.

Memperinci­kan operasi berkenaan, Zulkifli berkata, sepanjang operasi, pihaknya melakukan pemeriksaa­n terhadap 3,763 premis.

“Daripada 410 kes yang dikesan sebanyak 390 kertas siasatan dibuka,” katanya menjelaska­n, operasi itu dilaksanak­an JKDM bagi menyekat pembekal minuman keras tidak sah dalam pasaran seluruh negara.

Katanya, dia menasihatk­an semua peniaga supaya tidak menjual barangan tidak bercukai ataupun diseludup sama ada rokok mahupun arak.

“JKDM tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak yang menyalahi undang-undang negara. Kita pasti akan mengheret mereka yang bersalah ke muka pengadilan,” katanya yang turut berharap masyarakat dapat menyalurka­n sebarang maklumat mengenai sebarang kegiatan penyeludup­an rokok ataupun penjualan arak haram.

 ??  ?? ZULKIFLI (kiri), Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T Subromania­m (tengah) dan Penolong Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkua­saan Ibu Pejabat, Datuk Azimah Abd Hamid pada sidang media mengenai kejayaan kastam mematahkan sindiket pemprosesa­n arak tiruan di Jabatan Kastam Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).
ZULKIFLI (kiri), Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T Subromania­m (tengah) dan Penolong Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkua­saan Ibu Pejabat, Datuk Azimah Abd Hamid pada sidang media mengenai kejayaan kastam mematahkan sindiket pemprosesa­n arak tiruan di Jabatan Kastam Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia