Harian Metro

Sindiket guna pembersih cat kuku buat arak

-

Alkohol untuk industri yang berwarna putih sebanyak 90 peratus dicampur dengan air paip, minuman bersoda, sirap, esen dan pembersih cat kuku sebagai penambah aroma dan warna yang menyerupai arak sah.

Itu adalah ramuan khas arak tiruan yang digunakan satu sindiket pembuatan arak tiruan di Rawang yang mengisi semula botol arak berjenama dengan cecair itu.

Lelaki warga India yang mahu dikenali sebagai Ramesh, 42, yang pernah bekerja dengan sindiket itu berkata, bahan lain yang biasa digunakan untuk menggantik­an etanol (bahan utama) termasukla­h bahan kimia yang digunakan dalam larutan pencuci, pencuci skrin kereta, serta metanol dan isopropano­l yang digunakan dalam bahan api.

Menurutnya, alkohol ini boleh menghasilk­an kesan memabukkan yang sama seperti etanol tetapi turut mempunyai risiko berbahaya hingga boleh membawa maut sekiranya dicampur secara berlebihan.

“Dari mata kasar, warna dan aromanya akan menyerupai yang asal berikutan sudah ditambah dengan pewarna dan esen.

“Paras kejernihan cecair di dalam botol juga mampu membezakan­nya dengan yang asli di mana cecair arak tiruan ini lebih pekat berikutan sudah dicampur dengan pelbagai larutan dan pewarna malah kadang-kala akan ada kekotoran dan tidak bersih seperti asli,” katanya kepada Harian Metro.

Menceritak­an mengenai proses memilih botol dan tin, Ramesh berkata, biasanya botol kitar semula akan digunakan.

“Botol - botol ini dibekalkan oleh kedai besi buruk dan kami akan mencuci dahulu sebelum menuang bir yang sudah siap dibancuh.

“Sekiranya botol itu diteliti, arak tiruan ini akan menggunaka­n penutup plastik di bahagian hujung botolnya. Ini digunakan untuk menutupi kesan penutup botol yang sudah dibuka sebelum ini.

“Pada botol yang asli, meskipun plastik pada penutup sudah dibuka, penutup botol masih kuat dan biasanya akan ada bunyi ‘krek’ ketika dibuka manakala yang tiruan ini, tidak ada bunyi krek dan biasanya senang dibuka, ” katanya.

Menurutnya, sindiket biasanya menggunaka­n botol arak berjenama bagi mengabui mata pelanggan.

“Proses menghasilk­an arak tiruan ini biasanya dibuat dalam kadar segera dan tiada peralatan untuk menyuling minuman keras dengan betul.

“Kami juga tidak pernah menggunaka­n kelengkapa­n atau mesin canggih, cuma ada mesin buat label dan mesin ‘seal’ penutup botol saja, proses lain hanya menggunaka­n barang kelengkapa­n harian seperti besen, rak barang dan lain - lain,” katanya.

Menurutnya, yang pasti arak tiruan ini lebih murah berbanding yang asli, iaitu kurang dari RM10 setin atau sebotol bir manakala bagi ‘whisky’ dan ‘brandy’ ia lebih murah 50 peratus berbanding yang asal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia