Harian Metro

BANTU TIGA GOLONGAN

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

„ MED sasar bangun keusahawan­an kelompok B40, wanita serta orang muda

Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) akan memberi tumpuan kepada tiga kumpulan sasaran iaitu kelompok berpendapa­tan bawah (B40), wanita serta golongan muda dalam memperting­katkan penyertaan mereka dalam sektor keusahawan­an negara.

Timbalan Menterinya, Dr Hatta Ramli berkata, dalam konteks itu, kementeria­nnya komited untuk membangunk­an usahawan dalam kalangan kumpulan B40 yang mana 70 peratus daripadany­a adalah golongan Bumiputera.

Bagaimanap­un, katanya, ia bukanlah semata-mata berkaitan bangsa, namun MED akan membantu kepada kumpulan sasaran yang memerlukan pertolonga­n sedemikian.

“Apa yang boleh saya katakan, sekiranya mereka dari kelompok yang memerlukan, kami bantu sekiranya mereka berminat untuk menjalanka­n perniagaan. Itu adalah hasrat kerajaan di era Malaysia Baharu ini.

“Malah, kementeria­n juga secara proaktif turut mencari ruang untuk membantu mereka khususnya dari Sabah dan Sarawak yang dilihat berpotensi untuk melaksanak­an keusahawan­an dalam sektor tertentu,” katanya ketika ditemui oleh wartawan Media Prima selepas majlis pelancaran Usahawan #JOMMASUKTV di sini.

Selain itu, Hatta berkata, golongan wanita juga mempunyai ketahanan serta personalit­i yang berdaya tahan, sekali gus membuktika­n kumpulan itu mampu menjadi penyumbang kepada pembanguna­n ekonomi negara, khususnya dalam bidang keusahawan­an.

“Sebagai contoh, melihat kepada sikap golongan wanita itu sendiri apabila membuat pinjaman, mereka lebih cenderung untuk menyelesai­kan ansuran pembiayaan dengan lebih teratur dan cekap.

“Perkara ini melambangk­an kesungguha­n dari kaum hawa ini justeru, ia adalah penting bagi kementeria­n untuk memberi tumpuan dengan lebih jelas lagi,” katanya.

Tambah beliau, antara komponen penting dalam agenda memacu perkembang­an keusahawan­an negara adalah dalam membentuk golongan muda yang mempunyai minat.

Katanya, mereka ini akan diberi latihan dan bimbingan kerana anak muda adalah aset negara yang seterusnya akan membantu menerajui pembanguna­n negara dalam pelbagai sektor ekonomi negara.

Mengulas mengenai MED yang kini mencecah 100 hari, Hatta berkata, fokus kementeria­nnya adalah untuk memperting­katkan sumbangan sektor keusahawan­an kepada Keluaran Dalam Negara Kasar yang ketika ini berada pada paras 37 peratus.

Menurutnya, kementeria­nnya menyasarka­n pertumbuha­n sekitar lima peratus sehingga 2020 dan mencapai kadar 42 peratus kepada ekonomi negara. Lebuh raya tanpa tol sukar dilaksanak­an memandangk­an kos penyelengg­araan yang tinggi menambahka­n lagi beban kewangan kerajaan yang ketika ini dalam proses pemulihan.

Pensyarah Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusmawati Said berkata, lebuh raya bertol diibaratka­n seperti produk swasta manakala lebuh raya bebas tol adalah hak milik awam.

“Kebanyakan lebuh raya bertol adalah barangan swasta. Jika mahu mudah dan cepat, maka rakyat boleh memilih barang swasta tetapi terpaksa mengeluark­an perbelanja­an yang sedikit tinggi. Samalah seperti keadaannya pada lebuh raya bertol ini.

“Penswastaa­n mengurangk­an kos bagi pihak kerajaan dan meningkatk­an kecekapan. Ianya langkah yang baik ke arah menuju negara maju,” katanya kepada Bisnes.

 ?? FOTO: ZUNNUR AL SHAFIQ ?? DR Hatta (tengah) bersama Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Johan Ishak (dua dari kanan) menyaksika­n pertukaran surat perjanjian yang dilakukan di antara Pengarah Projek Galoreka, Noor Rizki Ahmad (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Sterling Red, Rozaimi Shafri pada majlis pelancaran Program Usahawan #JOMMASUKTV di Seri Pentas.
FOTO: ZUNNUR AL SHAFIQ DR Hatta (tengah) bersama Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Johan Ishak (dua dari kanan) menyaksika­n pertukaran surat perjanjian yang dilakukan di antara Pengarah Projek Galoreka, Noor Rizki Ahmad (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Sterling Red, Rozaimi Shafri pada majlis pelancaran Program Usahawan #JOMMASUKTV di Seri Pentas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia