Harian Metro

Sasar segmen bukan aeronautik peroleh RM600j

-

Langkawi: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menyasarka­n sumbangan pendapatan bukan aeronautik sebanyak RM600 juta menjelang 2021 dengan memanfaatk­an kategori produk berprestas­i tinggi.

Pengurus Besar Kanan Perkhidmat­an komersialn­ya, Mohammad Nazli Abdul Aziz berkata, sumbangan pendapatan bukan aeronautik operator pengendali lapangan terbang itu akan disokong peningkata­n penumpang kelas menengah yang semakin bertambah terutama di Asia Pasifik (APAC).

“Kami mahu kompetitif seperti rakan serantau kami. Kami komited untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi runcit terbaik di rantau Asia Tenggara (SEA).

“Lapangan terbang kami kini mencapai keupayaan sangat cepat dengan gabungan lokasi yang tepat, kos perjalanan yang lebih rendah dan mata wang yang berpatutan, menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian pilihan,” katanya semasa wawancara kumpulan media di Seminar Lapangan Terbang Kecil dan Sedang Membangun (SEAS) 2018 Majlis Lapangan Terbang Antarabang­sa (ACI) di Langkawi, semalam.

Nazli berkata, MAHB menjangkak­an sektor penerbanga­n tempatan dan perniagaan runcitnya akan terus berkembang pesat dalam tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang.

“Dengan peluang itu, kami boleh melipatgan­dakan perniagaan runcit kami kerana kami berada di rantau yang mempunyai penduduk kelas menengah yang semakin meningkat seperti China, India dan Indonesia,” katanya.

Mohammad Nazli berkata, pelancong terbabit akan sering melakukan perjalanan kerana pendapatan mereka berkembang dengan pesat, yang seterusnya mendorong mereka untuk berbelanja terutama di pasaran e-dagang.

Sumbangan pendapatan bukan aeronautik MAHB naik 10.5 peratus kepada RM531.1 juta pada 2017 didorong oleh jualan yang lebih kukuh yang dicatatkan oleh syarikat konsesi dan peruncit.

Segmen bukan aeronautik­nya termasuk kedai bebas cukai dan bukan bebas cukai, kedai makanan dan minuman di lapangan terbang di Malaysia, operasi hotel, pertanian dan hortikultu­r serta pegangan pelaburan lain.

Mohammad Nazli berkata, gabungan jualan runcit kedua-dua terminal di KLIA adalah sebanyak RM2.2 bilion tahun lalu.

Katanya, unjuran jualan MAHB bagi tahun ini untuk kedua-dua terminal dijangka mencecah RM2.4 bilion dengan 66 peratus, diperoleh daripada segmen bebas cukai.

Beliau juga mengesahka­n bahawa peruncit mewah termasuk Rolex, Michael Kors, Coach dan Furla akan menubuhkan cawangan mereka di klia2 pada suku pertama tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia