Harian Metro

Perkukuh jenama

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

„ Domino’s Pizza Malaysia perkenal inisiatif baru It’s All About You fokus kepada pelanggan

Dommal Food Services Sdn Bhd (Domino’s Pizza Malaysia), pemegang francais bagi Domino’s Pizza di Malaysia terus komited dalam usaha mengukuhka­n jenama itu di pasaran tempatan melalui pengenalan inisiatif

yang memberi fokus memberikan produk dan perkhidmat­an lebih berkualiti kepada pelanggann­ya.

Pengurus Besar Kanan Operasi Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree Ab Rahman berkata, sebagai jenama yang berada 21 tahun di pasaran, syarikat itu kini mencapai fokus menjadi pakar penghantar­an pizza di negara ini.

“Pelanggan sangat penting bagi kami dan sentiasa mahu terus berhubung dengan pelanggan, sekali gus menjadikan kami sebagai jenama paling dekat serta terhubung di negara ini.

adalah satu inisiatif atau janji kami untuk memastikan mereka memahami jenama kami dan dalam masa sama berkaitan komitmen kami terhadap pelanggan melalui pengenalan produk dana teknologi baru serta inovasi dan penawaran harga terbaik,” katanya di sini.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan berkata, pengenalan inisiatif itu akan bermula pada 15 Oktober ini membabitka­n tiga fasa iaitu penjenamaa­n semula yang akan mendefinis­ikan semula cara berkomunik­asi dengan pelanggan.

Menurutnya, fasa kedua inisiatif ini adalah di mana syarikat akan membangunk­an identiti jenama baru atau perubahanr­eka bentuk, pembungkus­an, papan tanda, pakaian seragam dan hiasan cawangan. “Fasa ketiga pula adalah

yang akan membabitka­n peningkata­n jenama dan pengalaman pelanggan melalui setiap titik sentuhan dengan kesemua fasa ini akan lengkap sepenuhnya menjelang 2020,” katanya.

Terdapat empat teras utama bagi iaitu Domino’s Pizza menawarkan inovasi produk baru kreatif dan ramuan berkualiti tinggi serta perkhidmat­an yang menyaksika­n jenama ini menawarkan jaminan kepuasan produk, penghantar­an 30 minit dan jaminan bawa pulang 15 minit.

 ?? FOTO: SAIRIEN NAFIS ?? SHAMSUL Amree bersama Linda Hassan pada promosi pengenalan slogan baru It’s All About You di Wisma Domino's, Shah Alam.
FOTO: SAIRIEN NAFIS SHAMSUL Amree bersama Linda Hassan pada promosi pengenalan slogan baru It’s All About You di Wisma Domino's, Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia